Sekilas
- Seorang individu mendakwa Bella Astillah dan Syed Saddiq akan berkahwin pada 8 Ogos 2026 berdasarkan perkongsian ibunya di Threads.
- Didi Astillah, adik Bella, menafikan tarikh tersebut sebagai hari perkahwinan kakaknya.
- Bella dan Syed Saddiq belum mengumumkan tarikh rasmi perkahwinan mereka walaupun sudah bertunang pada 28 Mac 2026.
Seorang individu berjaya menyorot perhatian adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah selepas mendakwa Bella dan Syed Saddiq bakal mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2026.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut berkongsi ibunya, yang juga peminat pasangan tersebut tidak sabar menantikan majlis perkahwinan mereka dan menyebut tarikh tersebut sebagai hari bahagia pasangan berkenaan.
"I perasan most of fans BASS tu makcik-makcik, tak sangka pula salah seorang daripada makcik tu my mom. Hahaha... dia siap cakap tak sabar tunggu BASS kahwin, siap cakap 8.8.26 kahwin. Mana-mana tah la dia dapat berita, dorang pun tak announce date kahwin lagi," tulis individu tersebut.
Bagaimanapun, Didi menafikan kakaknya akan berkahwin pada tarikh tersebut.
"Sis nanti bagitau mama sis, bukan date tu," balas Didi ringkas. 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat cuba meneka tarikh hari bahagia Bella dan Syed Saddiq.
Sehingga kini, Bella Astillah dan Syed Saddiq masih belum mengumumkan sebarang tarikh rasmi berhubung majlis perkahwinan mereka.
Terdahulu, Bella Astillah sah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mac 2026 dalam sebuah majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.