Ringkasan AI
- Akademi Fantasia (AF) kembali menjadi perbualan selepas hampir lapan tahun tidak bersiaran.
- Seorang pengguna Threads meminta Astro menyiarkan semula arkib AF dari musim pertama hingga akhir.
- Netizen turut berkongsi kenangan mereka menonton AF dan menyokong idea siaran semula program tersebut.
- AF mula disiarkan pada tahun 2003 dan melahirkan ramai bintang popular tanah air seperti Vince, Zahid, Mawi, Stacy, dan Hafiz Suip.
- Permintaan ini mendapat perhatian ramai yang rindukan program realiti yang menjadi sebahagian memori remaja mereka.
Selepas hampir lapan tahun tidak bersiaran, program realiti popular terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia (AF) kembali menjadi bualan peminat.
Terbaharu, seorang pengguna Threads tampil menulis satu ciapan membuat permintaan agar pihak Astro menyiarkan semula arkib bagi program tersebut.
“Dear Astro, tolong siarkan semula arkib dari program AF dari musim pertama hingga akhir. Rindulah nak tengok diari AF apatah lagi tengok konsert. Saya membesar tengok program tersebut,” ujarnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen yang turut berkongsi kenangan mereka menonton program AF.
Malah, ramai yang bersetuju sekiranya pihak Astro menyiarkan semula program yang sudah menjadi sebahagian kepada memori remaja mereka.
Untuk rekod, Akademi Fantasia mula disiarkan pada tahun 2003 dan melahirkan ramai bintang besar tanah air seperti Vince, Zahid, Mawi, Stacy, Hafiz Suip dan ramai lagi.
Sumber: Threads