Skip to main content

Hollywood

Peminat Suruh Cerai, Selena Gomez Umum Mahu Anak Banyak dengan Benny Blanco

Astro Gempak benny selena

Sekilas

  • Selena Gomez bercakap tentang impiannya untuk membina keluarga besar dengan suami, Benny Blanco, walaupun menghadapi masalah kesihatan yang menghalangnya untuk hamil secara semula jadi.
  • Gomez mengakui dia tidak boleh hamil kerana penyakit lupus yang dihidapinya, yang boleh membahayakan dirinya dan bayi jika cuba mengandung.
  • Dia juga menepis desakan peminat agar bercerai dengan Blanco dan menunjukkan sokongan dengan aksi mencium kaki suaminya dalam podcast Friends Keep Secrets.

Pada saat ada dalam kalangan peminat mendesak Selena Gomez bercerai dengan suami, Benny Blanco selepas menyifatkan komposer tersebut pengotor dan menjijikkan, penyanyi itu sebaliknya berbicara tentang masa depan untuk membesarkan keluarga mereka.

Dalam temu bual podcast Friends Keep Secrets, Gomez mengaku ingin memiliki keluarga besar dengan Blanco.

“Saya mahu empat,” katanya mengenai impian memiliki anak bersama Blanco seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Kata Gomez dia membayangkan keluarganya penuh dengan kebisingan anak-anak termasuk meja makan akan selalu kecoh seperti adegan filem The Family Stone.

Ironi pada tahun 2024, Gomez memberitahu Vanity Fair dia tidak dapat hamil atas masalah kesihatan.

Dia juga mengaku sangat  bersedih tidak mempunyai peluang menjadi ibu secara semula jadi kerana penyakit lupus yang dihidapi sejak sekian lama sehingga membuatkan imuniti badannya tidak kuat.

“Saya tidak pernah mendedahkan ini. Malangnya saya tidak boleh hamil. Saya berdepan pelbagai masalah kesihatan yang akan merisikokan diri dan bayi jika saya hamil,” katanya dalam temu bual tersebut.

Terdahulu Gomez juga ‘mematikan’ komen buruk dan permintaan peminat agar dia bercerai dengan Blanco lalu mencari pasangan baharu yang lebih baik.

Gomez dengan selamba mencium kaki Blanco sebagai tanda dirinya okay dengan penampilan suaminya yang sebelum itu mencuri perhatian kerana memiliki tapak kaki kotor sewaktu muncul dalam podcast.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement