Sekilas
- Pelakon Amir Ahnaf beri respon selepas sering disamakan dengan juara Big Stage X, Hussain.
- Amir minta agar perbandingan antara dirinya dan Hussain dihentikan kerana setiap orang ada karakter tersendiri.
- Amir dan Hussain sebelum ini pernah dipertemukan di pentas Talk To My Manager Musim 2 dan wajah mereka dikatakan seiras.
Pelakon, Amir Ahnaf tampil memberi respon selepas penampilan dirinya dilihat sering disamakan dengan juara program Big Stage X Rocketfuel iaitu Hussain.
Menerusi satu video yang dimuat naik Amir di TikTok, seorang individu dilihat telah meninggalkan komen mengatakan sosok tubuh Amir yang mahu menunggan motosikal kelihatan persis seperti Hussain.
“Dah kenapa tengok macam Hussain bawak moto ni,” tulis individu tersebut.
Komen tersebut kemudiannya mendapat respons daripada Amir yang meminta agar perbandingan antara dirinya dan Hussain dihentikan.
Menurut Amir, setiap individu mempunyai karakter dan keistimewaan tersendiri.
“Cukuplah, masing-masing ada karakter sendiri,” balas Amir.

Sebelum ini, Amir dan Hussain sering menjadi perhatian kerana wajah mereka dikatakan seiras dan pernah dipertemukan di pentas Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2).
Sumber: TikTok