Skip to main content

Hiburan

Peminat Terlalu Obses, Penyanyi Lelaki Naik Angin

Peminat Terlalu Obses, Penyanyi Lelaki Naik Angin

Sekilas

  • Penyanyi China Yu Yuhan tular selepas rakaman menunjukkan seorang peminat wanita cuba membuka pintu keretanya ketika kenderaan sedang bergerak.
  • Insiden itu mencetuskan perdebatan netizen mengenai keselamatan dan reaksi Yu Yuhan yang menepis telefon wanita tersebut.
  • Kelab peminat Yu Yuhan meminta pengurusan meningkatkan kawalan keselamatan dan mengambil tindakan terhadap peminat obsesif atau ‘sasaeng’.
Advertisement

Penyanyi China, Yu Yuhan mencuri perhatian selepas tular rakaman memaparkan dirinya berdepan seorang peminat wanita yang didakwa berulang kali cuba membuka pintu keretanya ketika kenderaan sedang bergerak.

Insiden yang dilaporkan berlaku pada 21 Ogos lalu itu tercetus selepas kenderaan Yu Yuhan didakwa diekori dan dikerumuni beberapa peminat sebelum seorang wanita dilihat cuba menarik pintu kereta sambil merakam penyanyi berkenaan dari jarak dekat.

Menerusi rakaman yang tersebar, situasi semakin tegang apabila wanita tersebut dikatakan terus cuba membuka pintu sehingga Yu Yuhan keluar dari kenderaan dan menunjukkan reaksi marah.

 

@detikcom

Idol asal Tiongkok, Yu Yuhan, melontarkan kritik tajam kepada penggemar yang terlalu obsesif setelah salah satu di antaranya berulang kali mencoba membuka pintu mobilnya. Dalam video yang beredar di media sosial, sejumlah perempuan terlihat mengerumuni mobil Yu sambil merekam dari balik jendela. Salah seorang di antaranya diduga beberapa kali mencoba membuka pintu mobil saat kendaraan masih berjalan. Ia juga terlihat mengarahkan ponselnya ke wajah Yu dari jarak dekat. Yu kemudian bereaksi dan menegur penggemar tersebut. Video itu pun viral dan menuai beragam komentar netizen yang menilai tindakan penggemar tersebut telah melewati batas privasi. Baca berita selengkapnya hanya di detik.com! Creator: Ariandi #detikcom #YuYuhan #IdolTiongkok #ChinaIdol #Sasaeng

♬ original sound - detik.com

 “Kamu sakit ke?” jeritnya sebelum dilihat menepis telefon wanita tersebut.

Bagaimanapun, rakaman berkenaan tidak menunjukkan dengan jelas Yu Yuhan memukul wanita terbabit, sebaliknya hanya memperlihatkan telefon di tangannya ditepis.

Insiden tersebut kemudian tular di media sosial dan dilaporkan meraih lebih enam juta tontonan di platform X sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Sebahagian mempertahankan tindakan Yu Yuhan dengan berpendapat perbuatan mengejar kenderaannya, cuba membuka pintu dan merakam terlalu dekat sudah melampaui batas serta boleh membahayakan keselamatan.

Namun, ada juga yang mengkritik reaksi penyanyi itu kerana dilihat seperti cuba menghayunkan tangan ke arah wanita berkenaan walaupun tiada bukti jelas menunjukkan berlaku pukulan.

Kejadian itu turut menghidupkan semula perbincangan mengenai ‘sasaeng’, istilah yang digunakan dalam budaya idola Asia Timur bagi merujuk peminat obsesif yang sanggup mengekori artis dan menceroboh ruang peribadi mereka.

Malah, kelab peminat Yu Yuhan dilaporkan meminta pihak pengurusannya, Times Fengjun meningkatkan kawalan keselamatan serta mengambil tindakan undang-undang terhadap tingkah laku ‘sasaeng’ jika perlu.

Setakat laporan yang dirujuk, pihak Times Fengjun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Yu Yuhan merupakan penyanyi China yang pernah menjalani latihan di bawah TF Family, sistem pelatih kendalian Times Fengjun.

Sumber: International Business Times UK, Detik.com

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement