Skip to main content

Hiburan

Pempengaruh Hafal Al-Quran Didakwa ‘Makan’ Duit Derma Buat Rumah, Bukan Bangunkan Masjid

Taqy Malik

Pempengaruh dan penghafal Al Quran terkenal Indonesia, Taqy Malik sedang berdepan pertuduhan berat apabila didakwa menggunakan duit derma untuk kepentingan peribadi.

Duit derma tersebut sepatutnya digunakan untuk membangunkan masjid yang diberi nama Malikal Mulki namun Taqy didakwa menggunakannya untuk membina rumah.

Advertisement

Dakwaan itu didedahkan di akauan TikTok oleh pengguna bernama tukanginsinyurjc, lapor InsertLive.

Menurut dakwaan akaun tersebut, Taqy telah membeli lapan bidang tanah yang mahu digunakan untuk membina masjid.

Dia menggunakan dua bidang tanah yang masih dihutang dan kali terakhir dibayar pada tahun 2023 itu mendirikan masjid.

Namun, lelaki berusia 28 tahun itu juga membina rumahnya di atas salah satu tanah yang dibeli.

“Dia beli tanah 8 bidang, ada rumahnya satu. Dia mahu bikin masjid katanya, tapi perjanjian jual beli pakai nama peribadi," dakwa akauan @tukanginsinyurjc.

Malah Taqy juga didakwa masih berhutang dengan tuan tanah yang mahu dibina masjid wakaf di atasnya.

Kini Taqy diketahui meminta dana atau derma atas alasan mahu membina masjid di atas tanah yang masih belum dibayar sepenuhnya.

Namun dia disyaki menipu dan menggunakan duit derma tersebut untuk menanggung kos kediaman yang dibina di atas salah satu bidang tanah tersebut.

Sehingga kini Taqy masih belum memberi kenyataan terhadap polemik yang melanda.

Must-Watch Video

Advertisement