Skip to main content

Hiburan

Penampilan Baharu Que Haidar Dengan Rambut Blonde Curi Perhatian, Ramai Puji - “Ini Versi Lelaki Glow Up Lepas Cerai…”

que haidar

Penampilan terbaharu pelakon Que Haidar yang tampil dengan imej rambut perang (blonde) berjaya mencuri perhatian ramai selepas foto-foto terkininya dimuat naik di platform Thread.

Menerusi perkongsian tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, memuat naik beberapa keping swafoto menunjukkan gaya rambut baharunya lengkap dengan kaca mata hitam, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
 

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji penampilan segar pelakon itu dan menganggapnya sebagai satu bentuk ‘glow up’ selepas melalui fasa perpisahan.

“Selalu tengok perempuan je glow up selepas bercerai… ini versi lelaki pula,” tulis seorang pengguna.

“Handsome betul sekarang,” komen seorang lagi warganet.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh bahawa Que kini lebih aktif mencari rezeki selepas berpisah dengan bekas isterinya.

“Dia ni macam Fattah juga. Lepas cerai baru keluar sana-sini cari duit,” ujar seorang pengguna lain.

Terdahulu, rumah tangga yang dibina Que bersama koreografer dan personaliti televisyen Linda Jasmine selama 15 tahun berakhir selepas mereka bercerai talak satu pada 2 Julai 2024.

Tenang menerima ketentuan itu, Que menjelaskan bahawa hubungannya dengan Linda masih kekal baik meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12.

Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement