Skip to main content

Hiburan

Penampilan Bertudung Di Sebuah Acara Jadi Perhatian, Misha Omar Baca Semua Komen Positif Netizen – “Saya Terima Dengan Hati Terbuka”

Penampilan Bertudung Di Sebuah Acara Jadi Perhatian, Misha Omar Baca Semua Komen Positif Netizen – “Saya Terima Dengan Hati Terbuka”

Sekilas

  • Misha Omar bersyukur dengan doa dan reaksi positif peminat selepas penampilannya bertudung ketika persembahan di Perlis baru-baru ini.
  • Penampilan bertudung bukan kali pertama Misha, yang pernah menggayakan imej sama untuk acara bank patuh syariah sebelum ini.
  • Imej bertudung tersebut dibuat mengikut permintaan kerajaan negeri Perlis dan mencetuskan tanda tanya sama ada Misha akan teruskan gaya ini di masa hadapan.
Advertisement

Penyanyi Misha Omar mengakui tersentuh dan bersyukur dengan doa serta reaksi positif peminat selepas penampilannya bertudung ketika membuat persembahan di Perlis baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menurut Misha atau nama penuhnya Samihah @ Aisah binti Omar, 44, dia sempat membaca pelbagai komen mengenai penampilan tersebut termasuk pandangan positif dan negatif, namun memilih untuk menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya ada membaca komen positif dan negatif berkenaan penampilan saya itu dan saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Misha berkongsi perkara tersebut selepas hadir sebagai juri jemputan pada minggu separuh akhir Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026), malam tadi.

Menurut pelantun Bunga-Bunga Cinta itu, penampilan bertudung bukan pertama kali dilakukan kerana sebelum ini dia pernah tampil dengan imej sama ketika menjayakan persembahan di sebuah acara. 

“Itu bukanlah pertama kali juga saya berpenampilan begitu. Sebelum ini saya pernah menyanyi untuk bank patuh syariah.

“Jadi sebenarnya tugas sebagai penyanyi, apa saja garis panduan yang diberikan, kita cuba berikan yang terbaik,” ujarnya.

Mengulas reaksi peminat yang rata-rata memuji penampilannya, Misha berkata, sokongan serta doa diterima membuatkannya berasa lebih terinspirasi.

“Rasa bangga, rasa terinspirasi dan rasa syukur didoakan oleh netizen.

“Dalam hati rasa bersyukur sangat. Semuanya banyak mendoakan yang baik-baik untuk saya, jadi saya terima dengan baik semua doa-doa itu,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Misha dalam persalinan rona hijau muda lengkap bertudung ketika membuat persembahan di Perlis menjadi perhatian netizen.

Menurut laporan media, pengurusnya Salmi Omar memaklumkan imej tersebut dibuat bagi memenuhi permintaan kerajaan negeri Perlis. 

Penampilan tersebut turut mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat sama ada Misha bakal meneruskan imej bertudung dalam acara akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Must Watch Video

Advertisement