Skip to main content

Hiburan

Penampilan Di KLFW Dikritik, Aisha Retno Terima Dengan Hati Terbuka - “Kami Hormat Pendapat Masing-Masing”

Aisha Retno

Sekilas

  • Aisha Retno menerima teguran netizen mengenai penampilannya di Kuala Lumpur Fashion Week dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi yang wajar dihormati.
  • Beliau menjelaskan bahawa penampilannya berkaitan dengan cabang seni teater muzikal dan bersedia melakukan penambahbaikan dari masa ke masa.
  • Aisha masih dalam proses mengenali dunia teater muzikal dan teruja menanti pementasan Puteri Gunung Ledang yang bakal berlangsung nanti.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno  tidak mengambil hati serta menerima dengan hati yang terbuka terhadap teguran yang dilemparkan netizen susulan penampilannya ketika menjayakan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), Sabtu lalu.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dia juga memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif dan menganggap setiap teguran sebagai pandangan peribadi yang wajar dihormati.

Advertisement

“Sejak mula saya menyertai uji bakat teater muzikal ini pun, saya sudah bertanya tentang pemakaian PGL ini.

“Kita mengikut cabang seni daripada perspektif teater muzikal, namun sudah tentu apa yang diperkatakan oleh netizen kita ambil yang baik (positif).

“Kami hormat pendapat masing-masing dan insya-Allah kalau ada penambahbaikan kita akan lakukan daripada semasa ke semasa,” katanya kepada Gempak.

Aisha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert separuh akhir Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, malam Ahad.

Aisha sebelum ini tampil di pentas berkenaan bersama penerbit teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), Puan Seri Tiara Jacquelina serta anaknya, Mila Husin.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tidak Adil ini berpendapat perhatian terhadap cara pemakaian dan percakapan sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seorang penggiat seni.

Justeru, dia menerima dengan hati yang terbuka.

“Bagi saya semua orang berhak berkongsi pendapat masing-masing, lebih-lebih lagi apabila berada di dalam industri seni ini, kita perlu terima setiap pendapat yang diberikan.

“Daripada segi fesyen, macam mana kita bawa diri, cara bercakap semuanya diperhatikan. Itu adalah salah satu risiko apabila kita ingin menjadi seorang artis.

“Saya ambil yang baik (positif) saja, buang yang keruh. Mungkin platform ini boleh buka sedikit dimensi untuk teater muzikal. Saya boleh katakan ia adalah sebahagian daripada seni,” katanya lagi.

Ditanya mengenai busana yang akan diperagakan ketika pementasan, Aisha mengakui masih belum mempunyai gambaran jelas.

Mengulas lanjut, penyanyi berusia 26 tahun ini memaklumkan bahawa dia masih dalam proses mengenali sisi seni teater memandangkan masih baru dalam dunia tersebut.

“Daripada segi pemakaian pada pementasan itu nanti, saya tidak pasti. Dunia dimensi teater muzikal ini adalah sesuatu yang baru bagi saya.

“Saya tidak boleh komen banyak, sama ada untuk memakai pakaian yang bagaimana.

“Cuma saya sangat teruja tak sabar nak tunggu peminat membeli tiket teater itu nanti, terima kasih kerana menumpukan perhatian kepada segala update untuk teater PGL ini,” katanya.

Terdahulu, kemunculan Aisha bersama Tiara Jacquelina dan Mila Husin di pentas KLFW menjadi perhatian selepas mereka memperagakan busana asli daripada produksi teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Gaya tersebut turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen apabila ada yang berpendapat busana berkenaan kelihatan agak seksi selain menampakkan bahagian tubuh.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement