Skip to main content

Viral

Penampilan Jauh Lebih Muda Dari Usia, Pelakon Ini Sering Dianggap Anak Kepada Isterinya

Suami disangka anak

Sekilas

  • Hou Xiang, pelakon China berusia 40 tahun, sering disalah anggap sebagai anak kepada isterinya kerana penampilannya yang sangat muda.
  • Dia dilahirkan pramatang dan mengalami masalah perkembangan fizikal sejak kecil, menyebabkan wajah dan tubuhnya kekal seperti kanak-kanak.
  • Walaupun terhad pada watak remaja atau kanak-kanak, Xiang terus komited dalam bidang lakonan dan dikenali melalui drama popular seperti Home with Kids.
Advertisement

Seorang pelakon dari China menjadi perhatian di media sosial gara-gara penampilannya yang jauh lebih muda daripada usia sebenar.

Disebabkan itu juga, Hou Xiang, 40, sering disalah anggap sebagai anak kepada isterinya sendiri.

Advertisement

Bagaimanapun, Xiang mengakui dia sudah lama terbiasa dengan tanggapan sedemikian dan tidak lagi mengambil hati terhadap komen orang ramai.

Menurut laporan media tempatan, Xiang dilahirkan secara pramatang akibat ibunya mengalami masalah kekurangan zat makanan ketika hamil.

Keadaan itu menyebabkan fizikalnya lebih kecil berbanding rakan sebaya sejak kecil.

Advertisement

Perkembangan fizikalnya juga dikatakan terhenti ketika berusia sekitar sembilan tahun, menyebabkan wajah dan tubuh badannya kekal seperti kanak-kanak walaupun meningkat dewasa.

Dengan sokongan keluarga, Xiang memilih bidang lakonan sebagai kerjaya.

Namanya mula dikenali ramai pada tahun 2005 selepas membintangi drama komedi situasi popular, Home with Kids, ketika usianya 19 tahun.

Selepas itu, dia terus membina nama menerusi beberapa drama terkenal termasuk Stepfather, Chuang Guandong dan Tunnel Warfare, yang kebanyakannya memerlukan dia membawa watak remaja atau kanak-kanak.

Xiang berkata, penampilan serta suaranya yang kedengaran kebudak-budakan sedikit sebanyak mengehadkan pilihan watak yang boleh dilakonkan.

Namun, dia tetap komited untuk memberikan persembahan terbaik dalam setiap naskhah.


Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Must Watch Video

Advertisement