Skip to main content

Hiburan

Penangan BTS! Army Sanggup Beratur Awal Pagi Di Cawangan Maybank Untuk Dapatkan Kad Debit Edisi Terhad

Penangan BTS! Army Sanggup Beratur Awal Pagi Di Cawangan Maybank Untuk Dapatkan Kad Debit Edisi Terhad

Sekilas

  • Peminat BTS sanggup beratur awal pagi di cawangan terpilih Maybank untuk mendapatkan kad debit edisi terhad kumpulan itu.
  • Hanya 60 keping kad ditawarkan setiap hari, tetapi Maybank juga menyediakan permohonan secara dalam talian bermula 28 September.
  • Kad debit ini adalah sebahagian daripada kerjasama Maybank dengan siri jelajah dunia BTS, WORLD TOUR ARIRANG.
Advertisement

Penangan kumpulan terkenal Korea Selatan iaitu BTS memang tidak dapat disangkal apabila peminat kumpulan itu dilihat sanggup beratur dari awal pagi di beberapa cawangan Maybank bagi mendapatkan kad debit edisi terhad kumpulan berkenaan.

Meskipun hanya 60 keping kad ditawarkan setiap hari di cawangan terpilih, namun itu tidak menghalang golongan Army dari mendapatkan kad edisi terhad tersebut.

Advertisement

Bagi yang tidak berkesempatan untuk beratur, Maybank turut menyediakan pilihan permohonan secara dalam talian yang akan dibuka mulai 28 September ini.

Kad debit edisi terhad tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama Maybank bersempena siri jelajah dunia BTS yang akan datang, WORLD TOUR ARIRANG.

Kerjasama tersebut sekali gus memberi peluang kepada peminat BTS untuk memiliki kad debit khas yang menampilkan elemen berkaitan kumpulan tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement