Skip to main content

Hiburan

Penat Dengan ‘Drama’ Dalam Industri Punca Sheila Rusly Kini Kurang Aktif - “Ramai Tanya Kenapa Sis Stop Producing & Jarang Keluar TV…”

ASTROGEMPAK Sheila

Sekilas

  • Che Puan Sarimah Ibrahim kongsi pengalaman kecewa dengan penerbit dan pengarah yang tidak profesional dalam mengurus bajet dan jadual pelakon.
  • Beliau menegur sikap minta pelakon ‘lock date’ tapi akhirnya bajet tidak mencukupi, menyebabkan pelakon hilang motivasi dan dilabel ‘sombong’.
  • Penerbit dan pelakon Sheila Rusly setuju, mendedahkan keletihan berdepan ‘drama’ industri jadi punca dia kurang aktif menerbitkan drama.
Advertisement

Perkongsian pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi Threads mengenai sikap segelintir penerbit dan pengarah dalam industri hiburan meraih perhatian ramai.

 

Advertisement

Menurut Sarimah, ada pihak yang gemar mengatur sesi pertemuan serta meminta pelakon ‘lock date’, namun akhirnya tidak mampu menyediakan bajet yang dipersetujui.

 

“Kalau dah tahu bajet tu tak mampu, saya sarankan janganlah ajak pelakon meeting, hantar mesej atau minta kami ‘lock date’ sampai terpaksa tolak tawaran lain.

 

“Lepas itu baru beritahu bajet tak cukup. Sangat tidak profesional sebagai produser dan pengarah.

 

“Sebab inilah ramai pelakon kita sudah serik nak berlakon dan hilang motivasi untuk teruskan. Ada yang dilabel ‘sombong’, padahal sebenarnya stres dan kecewa,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, penerbit dan pelakon Sheila Rusly turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

 

Malah Sheila turut mendedahkan, antara sebab dia semakin kurang aktif menerbitkan drama adalah kerana penat berdepan pelbagai ‘drama’ dalam industri hiburan.

 

“Ramai tanya kenapa sis stop producing dan jarang keluar TV. Jawapannya seperti di atas… mak dah malas, penat layan ‘drama’ dalam industri,” katanya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement