Skip to main content

Hiburan

“Penat Itu Ada, Tapi Saya Masih Boleh Uruskan…” - Hussain

“Penat Itu Ada, Tapi Saya Masih Boleh Uruskan…” - Hussain

Sekilas

  • Hussain, penyanyi baharu selepas Big Stage X Rocketfuel, menganggap perjalanan seninya masih jauh dan berhasrat untuk memperbaiki mutu nyanyian dengan kembali ke kelas vokal.
  • Jadual kerja Hussain semakin padat dengan tawaran persembahan berturut-turut yang dianggapnya sebagai rezeki hasil doa ibu bapa.
  • Walaupun penat, Hussain mampu mengurus tenaga dan komitmen dengan semangat positif dan sikap berseloroh.
Advertisement

Meskipun semakin sibuk menerima tawaran persembahan secara berturut-turut selepas tamat program Big Stage X Rocketfuel, penyanyi baharu Hussain menganggap perjalanan seninya masih jauh daripada tahap kemuncak.

Hussain atau nama sebenarnya Jamak Hussain Jamilul Hayat berkata, dia masih mahu memperbaiki mutu nyanyian termasuk kembali mengikuti kelas vokal sekiranya mempunyai kelapangan.

“Saya rasa ini adalah permulaan sebab banyak lagi saya nak belajar. Kalau boleh, saya nak masuk kelas vokal semula supaya kemahiran dan cara nyanyian saya jadi lebih baik.

“Cuma sekarang saya agak sibuk. Insya-Allah kalau ada masa lapang, saya akan hubungi semula cikgu vokal,” katanya.

Mengulas jadual kerja yang semakin padat dengan persembahan secara berturut-turut, Hussain menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki hasil doa kedua-dua ibu bapanya.

“Alhamdulillah, sekarang banyak kerja dan persembahan. Saya anggap semua ini rezeki berkat doa mak dan ayah,” ujarnya.

Tidak menafikan kepenatan, Hussain bagaimanapun masih mampu menguruskan tenaga dan komitmen sepanjang berdepan jadual kerja yang padat.

“Penat itu ada, tetapi saya masih boleh uruskan tenaga. Darah muda, darah pahlawan,” katanya berseloroh.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement