Skip to main content

Berita

Penerbit Mohon LPF Benarkan Guna ‘Watermark’, Antara Inisiatif Elak Cetak Rompak

Finas lpf

Sekilas

  • Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mencadangkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) membenarkan penggunaan watermark forensik untuk mengesan punca cetak rompak dalam industri filem.
  • Watermark forensik membantu penerbit menjejak sumber asal kebocoran kandungan bagi membendung aktiviti cetak rompak yang merugikan.
  • PFM telah menghantar surat rasmi kepada LPF untuk mengkaji semula larangan meletakkan watermark semasa penyerahan bahan untuk penilaian.
Advertisement

Lembaga Penapisan Filem disaran untuk membenarkan penggunaan tera air (watermark) forensik oleh penerbit filem bagi mengenal pasti punca aktiviti haram seperti cetak rompak, yang memberi kesan buruk kepada industri kreatif negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Stiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Zahrin Aris, penggunaan teknologi tersebut penting sebagai langkah keselamatan bagi membantu penerbit mengenal pasti punca kebocoran kandungan yang boleh membawa kepada aktiviti cetak rompak.

Advertisement

Menurutnya, watermark forensik membolehkan pihak penerbit menjejak sumber asal sekiranya berlaku penyebaran haram sesebuah karya filem.

“Sebagai langkah berjaga-jaga daripada pihak penerbit adalah kita letak watermark.

“Sekurang-kurangnya kita tahu kalau ada kebocoran, dari mana datangnya dan punca sumber yang menjadikannya cetak rompak. Jadi kita harus bendung daripada segi itu,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, Zahrin memaklumkan pihaknya menerima permintaan daripada LPF supaya bahan yang dihantar untuk proses penilaian tidak diletakkan sebarang watermark.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penerbit memandangkan risiko kebocoran kandungan masih boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Baru-baru ini juga kita ada menerima permintaan daripada LPF yang mana apabila membuat penyerahan untuk penilaian, tidak dibenarkan meletakkan watermark.

“Jadi kita minta LPF mempertimbangkan semula perkara itu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, PFM juga telah mengemukakan surat rasmi kepada pihak LPF bagi memohon agar tatacara sedia ada dapat dikaji semula demi melindungi hak dan keselamatan karya tempatan.

“Jadi kita sudah tulis surat dan minta pertimbangan daripada LPF untuk mengkaji semula tatacara tersebut,” katanya.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement