Skip to main content

Viral

"Pengakhiran Mama Sangat Sempurna, 500 Jemaah Di Jeddah Solatkan Mama" - Anak Nadia Kesuma

nadia_jenazah

Sekilas

  • Anak perempuan Nadia Kesuma bersyukur lebih 500 jemaah solat jenazah pelakon itu di Jeddah bersama keluarga mereka.
  • Suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, mengimamkan solat jenazah selepas solat Subuh dan jenazah dikebumikan di Jeddah.
  • Mereka menguruskan segala urusan jenazah dan dokumentasi di King Fahad Hospital selepas Nadia dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Anak perempuan kepada pelakon Nadia Kesuma memanjatkan rasa syukur selepas selesai solat jenazah pada Isnin.

Tulisnya di Threads, seramai lebih 500 orang jemaah menyempurnakan solat jenazah bersama-sama mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah ma, syukur pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah yang solatkan dan mendoakan mama.

"Rakyat Malaysia pun ramai sangat yang mendoakan mama.

"Mama rehat di sana ya, Insya allah, dengan doa2 org ramai dan amal kebaikan mama di dunia, menjadi saham mama di akhirat, Insya Allah. Alhamdulillah syukur sangat2.

"Insya Allah, kita berjumpa semula sekeluarga di syurga ya mama, Assalamualaikum," tulisnya.

Terdahulu, suami Allahyarhamah Nadia Kesuma iaitu Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah mengimamkan solat jenazah pelakon itu selepas solat Subuh waktu tempatan.

"Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan serta diimamkan sendiri oleh saya.

“Alhamdulillah, jenazah akan dikebumikan selepas Subuh waktu Jeddah pada jam 5.44 pagi (10.44 pagi waktu tempatan)," tulisnya.

Media semalam melaporkan Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya berlepas ke Jeddah menerusi penerbangan Saudia bersama anaknya, jam 5.30 petang bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital.

Ia termasuk menguruskan dokumentasi dan mengambil semula barangan peribadi allahyarham Nadia Kesuma.

Sebelum ini, pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 14 Januari lalu.

Perkara ini dimaklumkan oleh rakan baiknya yang juga Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) iaitu pelakon Anne Abdullah.

Susulan itu, suaminya merayu kerajaan Malaysia menggerakkan usaha diplomatik bagi membantu pencarian isterinya.

Must-Watch Video

Advertisement