Skip to main content

Antarabangsa

Pengarah Anime One Piece & Dragon Ball, Tatsuya Nagamine Meninggal Dunia

anime

Ringkasan AI

  • Tatsuya Nagamine, pengarah anime terkenal, meninggal dunia pada usia 55 tahun.
  • Beliau dikenali kerana mengarah siri One Piece dan Dragon Ball, termasuk Wano Arc dan Dragon Ball Super: Broly.
  • Kematian Nagamine diumumkan oleh rakan-rakannya melalui platform X.
  • Selain One Piece dan Dragon Ball, beliau juga pernah mengarah Digimon dan Precure.
  • Punca kematian tidak didedahkan, namun beliau dikenang sebagai seorang yang berdedikasi dan berhati mulia.

Dunia anime kehilangan ‘harta karun’  mereka apabila pengarah berprolifik, Tatsuya Nagamine meninggal dunia pada usia 55 tahun.

Nagamine sangat terkenal sebagai pengarah bagi One Piece dan Dragon Ball.

Kematian Nagamine dikongsikan oleh sahabatnya, komposer K?hei Tanaka dan penulis layar, Osamu Suzuki menerusi platform X, lapor Anime News Network.

“Hari ini saya menghadiri dan memberi penghormatan terakhir buat pengarah Tatsuya Nagamine di Toei Animation Studio di Osaka,” cuit Tanaka di akaun X.

“Mendiang telah memberi sumbangan yang besar dalam anime One Piece. Pencapaian yang diperoleh menerusi One Piece bukan dalam tempoh pendek dan sangat mengagumkan,” sambungnya lagi.

Menerusi anime One Piece, Nagamine mengarahkan siri Wano Arc sementara untuk Dragon Ball, mendiang terlibat dalam siri Dragon Ball Super: Broly film dan Dragon Ball Super.

Selain dua anime popular itu, Naganime juga pernah mengarahkan Digimon dan Precure.

Punca kematian Naganime bagaimanapun tidak diumumkan. Namun semua yang mengenalinya menyifatkan mendiang sebagai seorang yang berdedikasi terhadap kerja dan berhati mulia.

Must-Watch Video

Advertisement