Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Pengarah KUDRAT 1968: High Council Nafi Galak Budaya Buli - “Saya Mahu Menegaskan Bahawa…”

Pengarah KUDRAT 1968: High Council Nafi Galak Budaya Buli - “Saya Mahu Menegaskan Bahawa…”

Sekilas

  • Pengarah Zulaikha Zakaria menafikan filem KUDRAT 1968: High Council menggalakkan budaya buli dan menegaskan ia memberi pengajaran kepada penonton.
  • Filem ini menunjukkan kesan buruk buli dan perubahan karakter sebagai iktibar, serta mengangkat tema hierarki dan kuasa selain isu buli di sekolah.
  • KUDRAT 1968: High Council menerima sambutan positif dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Oktober ini.
Advertisement

Pengarah filem KUDRAT 1968: High Council, Zulaikha Zakaria menafikan dakwaan naskhah arahannya itu bertujuan menggalakkan budaya buli, sebaliknya mahu memberikan pengajaran kepada penonton.

Menurut Zulaikha, isu buli sememangnya sering dikaitkan dengan siri High Council sejak awal pembikinannya namun, dia tetap memastikan setiap babak dalam filem tersebut disertakan dengan balasan yang boleh dijadikan iktibar kepada penonton.

Advertisement

“Bagi saya dari awal lagi pembikinan High Council sehingga siri ini (Kudrat 1968), isu buli disekolah masih dikaitkan dengan naskhah High Council.

“Secara visual ia sangat dekat dengan apa yang terjadi (buli), tapi bezanya dalam filem ini walaupun ada babak-babak keganasan saya akan pastikan watak-watak tersebut ada balasannya (pengajaran).

“Disebabkan siri ini dari drama ke filem, jadi penonton akan lihat pengajaran yang didapati daripada setiap tindakan membuli,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Zulaikha berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem KUDRAT 1968: High Council yang berlangsung di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zulaikha menjelaskan bahawa kesan daripada perbuatan buruk turut diperlihatkan melalui perubahan karakter dalam filem berkenaan.

“Setiap watak yang jahat itu impaknya sangat besar. Penonton boleh lihat apa yang terjadi dengan watak Pa. Malah daripada karakter baik boleh menjadi kasar.

“Di sini saya mahu menegaskan bahawa walaupun naskhah ini ada menunjukkan tentang gejala buli, tapi cerita High Council, Kahar dan Kudrat ada tema dan topik yang bukan mengalakkan buli.

“Buli bukan hanya berlaku di sekolah, tapi fasal hierarki. Kedudukan orang ternama, berkuasa dan orang bawahan… Banyak topik sebenarnya yang mahu saya ketengahkan,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Zulaikha bersyukur apabila filem KUDRAT 1968 serta siri High Council sebelum ini menerima sambutan positif daripada penonton.

“Saya sangat bersyukur dengan penerimaan penonton terhadap Kudrat dan siri High Council ini.

“Alhamdulillah persepsi yang diterima juga sangat positif. Betul, ramai yang beri maklum balas terutamanya netizen di Threads.

“Saya rasa ini hanyalah satu permulaan. Mungkin ada kekurangan yang tak tercapai, saya percaya ia hanya membuatkan team kami dan industri filem untuk buat lebih baik,” tambahnya.

Filem arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement