Skip to main content

Hollywood

Pengarah Rob Reiner & Isteri Mati Dibun*h, Anak Jadi Suspek

rob

Sekilas

  • Pengarah legenda Hollywood, Rob Reiner dan isterinya, Michele Singer Reiner, ditemui maut dengan kesan tikaman di kediaman mereka di Brentwood.
  • Anak lelaki pasangan tersebut, Nick Reiner, berusia 32 tahun, ditahan oleh polis Los Angeles kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh tersebut.
  • Rob Reiner terkenal dengan karya arahannya seperti When Harry Met Sally dan A Few Good Men, manakala siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Berita kematian pengarah legenda Hollywood, Rob Reiner dan isterinya,  Michele Singer Reiner yang ditemui maut dengan kesam tikaman di kediaman mereka menemui fakta baharu.

Pihak berkuasa tempatan, Los Angeles Police Department (LAPD) menahan anak lelaki pasangan tersebut, Nick Reiner kerana dipercayai melakukan jenayah bunuh tersebut, lapor CNN.

Lelaki berusia 32 tahun itu didakwa telah bertengkar dengan ibu dan bapanya sewaktu menghadiri majlis di rumah Conan O’Brien pada Sabtu lalu. Nick juga dikerahui mempunyai masalah ketagihan dadah.

Menurut kronologi kes, pasangan tersebut ditemui telah meninggal dunia di kediaman Reiner di Brentwood dengan beberapa kesan tikaman oleh anak perempuan mereka.

Pihak polis mengesahkan ia sebagai insiden bunuh namun belum menemukan suspek kejadian.

Setelah melakukan siasatan dan soal jawab dengan anggota keluarga, polis menahan Nick namun belum memberi butiran lanjut mengenai penahanan tersebut.

Rob Reiner meninggal dunia pada usia 78 tahun sementara isterinya, berusia 68 tahun.

Reiner cukup terkenal dengan beberapa karya ikonik arahannya termasuk When Harry Met Sally, This is Spinal Tap, Stand By Me, Misery dan A Few Good Men.

Must-Watch Video

Advertisement