Skip to main content

Viral

Siti Nurhaliza Patah Balik Pimpin Datuk Habsah Hassan Naik Pentas, Momen Kecil Di AIM25 Raih Pujian

Siti Nurhaliza Patah Balik Pimpin Datuk Habsah Hassan Naik Pentas, Momen Kecil Di AIM25 Raih Pujian

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza spontan membantu penulis lirik Datuk Habsah Hassan naik pentas ketika menerima anugerah Lagu Tradisional Terbaik AIM25.
  • Public Health Malaysia memuji tindakan Siti yang menunjukkan sikap rendah diri dan hormat kepada figura yang lebih dahulu dalam industri muzik.
  • Lagu 'Pesanan Buat Diri' nyanyian Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM25, memberikan pengiktirafan kepada Habsah sebagai penulis lirik.
Advertisement

Tindakan spontan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membantu penulis lirik tersohor Datuk Habsah Hassan menaiki pentas pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) mencuri perhatian ramai.

Momen tersebut berlaku ketika Habsah mahu naik ke pentas selepas ‘Pesanan Buat Diri’ diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tradisional Terbaik AIM25.

Advertisement

Ketika sudah melangkah ke hadapan, Siti dilihat berpatah balik sebelum menghulurkan tangan dan memimpin Habsah perlahan lahan menaiki pentas.

Walaupun hanya berlangsung beberapa saat, tindakan Siti mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) yang kemudian berkongsi momen berkenaan di Facebook.

“Siti Nurhaliza sudah pun melangkah naik ke pentas. Siti terus berpatah balik. Dia hulurkan tangan. Dia pimpin perlahan lahan.

“Cara dia memimpin itu bukan sekadar membantu seseorang naik ke pentas. Ia terlihat seperti seorang anak memimpin tangan ibunya,” tulis PHM.

Menurut PHM, tindakan kecil tersebut memberikan makna tersendiri apabila dilakukan oleh seorang figura yang sudah berada di kemuncak kerjaya.

Advertisement

“Mungkin hanya beberapa saat. Tetapi kadang kadang, beberapa saat seperti inilah yang paling banyak bercerita tentang seseorang,” tulis PHM.

PHM turut menyifatkan momen itu sebagai contoh bagaimana kejayaan tidak seharusnya membuatkan seseorang lupa untuk menghormati individu yang lebih dahulu melalui perjalanan dalam industri.

“Kejayaan boleh membawa seseorang ke tempat yang sangat tinggi. Tetapi adab menentukan bagaimana kita berada di sana.

“Dan semakin tinggi seseorang pergi, semakin indah apabila dia masih tahu merendahkan diri, menghormati mereka yang lebih dahulu berada dalam perjalanan itu, dan menghulurkan tangan kepada orang lain,” tulis akaun itu lagi.

Malah, PHM menyimpulkan sikap rendah diri tidak semestinya perlu disebut atau ditonjolkan kerana kadangkala ia dapat dilihat menerusi tindakan spontan seseorang.

“Humble bukan sesuatu yang perlu diumumkan. Kadang kadang ia cuma terlihat pada satu tindakan kecil, ketika kita menyangka tiada siapa sedang memerhatikan. More moments like this, please,” tulisnya.

Pada malam sama, ‘Pesanan Buat Diri’ yang dinyanyikan Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM25.

Kemenangan itu sekali gus memberikan pengiktirafan kepada Habsah selaku penulis lirik karya berkenaan.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement