Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Pengumuman BALING Cetus Teori Peminat, Ada Yang Speku Zul Ariffin Salah Seorang Alumni KUDRAT 1968?

Pengumuman BALING Cetus Teori Peminat, Ada Yang Speku Zul Ariffin Salah Seorang Alumni KUDRAT 1968?

Sekilas

  • KUDRAT 1968 berjaya raih lebih 630 juta tontonan di Astro dan Netflix, mencetuskan pelbagai teori peminat tentang Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU).
  • Astro Shaw akan teruskan dunia ASCU dengan filem aksi seram thriller BALING yang dibintangi Zul Ariffin dan mengangkat kisah lagenda Raja Bersiong.
  • KUDRAT 1968: High Council yang merupakan prekuel akan ditayangkan di pawagam mulai 29 Oktober, sambil peminat teruja dengan kaitan antara BALING dan KUDRAT 1968.
Advertisement

KUDRAT 1968 terus mencipta momentum menerusi platform Astro dan Netflix apabila berjaya meraih lebih 630 juta tontonan di platform media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai perbualan serta teori peminat mengenai Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU).

Bagi meneruskan momentum tersebut, Astro Shaw bakal memperluaskan lagi dunia ASCU mereka menerusi filem BALING yang dibintangi Zul Ariffin.

Advertisement

Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem yang bergenre aksi seram thriller ini sudah pun memulakan sesi penggambaran di Baling, Kedah dan akan mengangkat kisah lagenda Raja Bersiong yang merupakan sebahagian daripada mitologi dunia ASCU.

Pengumuman ini sedikit sebanyak membuatkan rata-rata peminat filem tempatan meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton filem-filem yang bakal menghiasi dunia ASCU.

Lebih menarik apabila pengumuman filem BALING ini juga menjadi bualan ramai sehingga ada yang membuat andaian bahawa watak Zul dalam filem tersebut mempunyai kaitan dengan filem KUDRAT 1968.

Advertisement

Teori tersebut sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa BALING dan KUDRAT 1968: High Council mempunyai hubung kait sekaligus menambah lagi keterujaan dalam kalangan peminat.

Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Naskah terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High council bakal menemui peminat di pawagam berdekatan bermula 29 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement