Skip to main content

Hiburan

Penonton Bandingkan Drama Dengan Novel, Ini Jawapan Penulis Novel Thariq Ridzuwan: His Treasure - “Ia Tak Akan Boleh...”

Thariq

Penulis novel popular Thariq Ridzuwan: His Treasure, Hudanajwa menekankan wajar difahami oleh penonton bahawa versi drama dan novel tidak akan pernah sama sepenuhnya.

Hudanajwa menjelaskan bahawa novel memberi ruang luas untuk berimaginasi tanpa had, manakala drama pula terikat dengan kemampuan produksi serta realiti lakonan. 

Justeru, perbezaan itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak dapat dielakkan.

"Tak semua orang tahu, versi drama dan novel memang akan lain. Ia tak akan boleh sama 100 peratus. 

“Dalam penulisan novel kita tiada limit tapi bila dia jadi visual dia ada limit, kita ada batas-batas manusia dan sebagai penulis kita tiada imigiasi muka,” katanya.

Dalam masa sama, Hudanajwa berharap drama adaptasi Thariq Ridzuwan: His Treasure tetap dapat mengekalkan mesej utama yang terkandung dalam karya asalnya.

“Harap-harap drama ini boleh beri pengajaran yang banyak macam novel ini bagi terutama kepada mereka yang menghadapi depresi dan anxiety supaya masyarakat tidak ambil mudah, tidak semua mereka yang menghadapi perkara ini nak cari perhatian," tambahnya. 

Terdahulu, di media sosial segelintir penonton dilihat membandingkan jalan cerita yang dipaparkan dalam novel dengan versi drama siri. 

Bagaimanapun, Hudanajwa telah menegaskan dari awal pembikinan drama ini akan ada  perbezaan yang wajar diterima kerana setiap medium mempunyai cara penyampaian tersendiri.

Sekadar info, sebelum pembikinan drama Thariq Ridzuwan: His Treasure perbincangan awal telah dijalankan dengan pihak syarikat penyiaran, penulis novel serta syarikat penerbitan mengenai jalan cerita drama tersebut.

Teruskan menyokong drama Thariq Ridzuwan: His Treasure arahan Eyra Rahman yang dilakonkan oleh Meerqeen, Qasrina Karim,Evertss Gomes dan ramai lagi. 
 

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Advertisement

Must-Watch Video