Penulis novel terkenal Korea Selatan, Baek Se-hee, dilaporkan meninggal dunia pada usia 35 tahun. Se-hee menjadi terkenal menerusi novel tulisannya I Want to Die but I Want To Eat Tteokbokki yang dipasarkan pada tahun 2018 laris terjual jutaan unit di seluruh dunia.
Novel tersebut mengandungi kisah peribadi termasuk perbualan dengan pakar psikiatri mengenai penyakit kemurungan yang dihidapinya.
Advertisement
Novel tersebut kemudian menjadi fenomena dalam kalangan pembaca terutama pesakit mental di seluruh dunia. Ia malah dialih bahasa daripada Korea kepada bahasa Inggeris pada 2022 dan laris di pasaran. Sehingga kini buku tersebut telah dialih bahasa kepada 25 bahasa.
Punca kematian Se hee bagaimanapun tidak dapat dipastikan, lapor BBC.
Menurut laporan sama, meski sudah meninggal dunia Se hee tetap mahu ‘berhubung’ dengan orang ramai.
Dia telah mendermakan organnya termasuk buah pinggang dan hati kepada Korean Organ Donation Agency. Sikap dermawannya itu telah menyelamatkan sekurangnya lima nyawa.
“Se hee selalu ingin berkongsi kebaikan dan sentuhan menerusi ‘kerja-kerjanya’. Dia berharap agar dapat memberi inspirasi kepada banyak orang,” ujar kenyataan yang diberikan kakaknya.