Skip to main content

Hiburan

Penyanyi Popular Bengang Isteri Dilanggar, Pemandu Warga Emas Cuba 'Sogok' Duit RM55 - "Gaji Sebulan Saya Boleh Beli Kereta Pak Cik"

hjvhj

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Fiersa Besari, hampir terlepas kata-kata kasar ketika isterinya, Aqia Nurfadla, dilanggar sebuah kereta di Stesen Gambir, Jakarta Pusat.
  • Fiersa kecewa dengan sikap pemandu berusia 60-an yang memandang ringan kecederaan Aqia dan menawarkan ganti rugi sebanyak RM55 sahaja.
  • Fiersa berjaya mengawal kemarahan dan menarik balik laporan polis atas permintaan isterinya, manakala pemandu tersebut dikenakan saman trafik.

Penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Fiersa Besari mengakui hampir terlepas kata-kata kasar ketika berdepan situasi cemas melibatkan isterinya, Aqia Nurfadla yang terlibat dalam satu kemalangan di Stesen Gambir, Jakarta Pusat, baru-baru ini.

Meskipun kelihatan tenang dalam rakaman video yang tular, Fiersa mendedahkan kesabarannya ketika itu sebenarnya diuji, apatah lagi melihat reaksi individu yang melanggar isterinya.

“Mengapa saya dan Ubay, pengurus saya, kelihatan sangat sabar dalam video itu, sedangkan pakcik tersebut nampak sangat menyebalkan. 

“Sebenarnya beberapa kali saya hampir berkata kasar. Saya juga sempat terlepas cakap, ‘Pakcik, gaji saya sebulan pun boleh beli kereta pakcik. Ini bukan soal duit. Pakcik berdepan dengan orang yang salah,’” tulis Fiersa menerusi Instagram Story miliknya.

Lebih menyakitkan hati, Fiersa turut mendakwa pemandu berusia sekitar 60-an itu seolah-olah memandang ringan kecederaan dialami isterinya. 

Malah, lelaki terbabit didakwa tanpa rasa bersalah menawarkan wang sebanyak RM55 (Rp200,000) sebagai ganti rugi atas kejadian tersebut.

“Saya memang marah, tapi lebih marah bila dia anggap perkara ini remeh dan cuba selesaikan dengan duit yang langsung tak masuk akal,” luah Fiersa.

Pelantun lagu Celengan Rindu itu bagaimanapun berkata dia berjaya mengawal diri selepas ditenangkan oleh pengurusnya, Ubay.

“Ubay tepuk bahu saya, beri isyarat supaya saya tak perlu bercakap begitu. 

“Inilah yang rumit. Kalau sampai bercakap atau bertindak kasar dan dirakam, kemudian dipotong tanpa konteks di media sosial, saya bimbang akan disalah anggap sebagai salah guna kuasa, atau bertindak kasar terhadap warga emas, atau berlagak berkuasa terhadap orang kurang mampu.

“Jadi, tindakan terbaik adalah bersabar. Walaupun perasaan marah itu bukan main,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Fiersa memaklumkan dia telah menarik balik laporan polis terhadap individu yang melanggar isterinya itu atas permintaan Aqia serta pertimbangan logik daripada Ubay.

Tambahnya, pemandu terbabit juga telah dikenakan saman trafik.

Sebelum ini, Fiersa berkongsi keadaan isterinya selepas menjalani pemeriksaan sinar-X yang mengesahkan tiada sebarang keretakan pada kaki dan hanya memerlukan masa untuk berehat.

Kejadian tersebut berlaku ketika keluarga kecil Fiersa merancang untuk bercuti ke Yogyakarta dengan menaiki kereta api. 

Selepas tiba di Stesen Gambir dan turun dari teksi, Aqia bersama Ubay berjalan ke bahagian bagasi untuk menurunkan barang, manakala Fiersa ketika itu sedang mendukung anak mereka.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia sekitar 60 hingga 70 tahun datang dari arah belakang dan melanggar Aqia serta Ubay sehingga mereka tersepit.

Must-Watch Video

Advertisement