Skip to main content

Hiburan

Perdana Menteri Titip Ucapan Tahniah Buat Syed Saddiq & Bella Astillah - “Kad Jemputan Jangan Lupa”

Astrogempak Syed Saddiq (2)

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang bakal bertunang dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
  • Anwar Ibrahim berseloroh agar Syed Saddiq tidak lupa menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi hantaran di platform X.
  • Majlis pertunangan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI, dengan liputan penuh di platform digital Astro Gempak dan Era.je.
Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan tahniah buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bakal mengikat tali pertunangan bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. 

Menerusi hantaran di platform X, Anwar Ibrahim juga sempat berseloroh kepada Syed Saddiq agar tidak lupa menghantar jemputan perkahwinan. 

“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,” tulisnya. 

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Bella Astillah. 

Berita gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di Syed Saddiq dan Bella Astillah berkolaborasi dengan Astro Gempak pada Sabtu. 

Jangan lupa saksikan siaran langsung majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq eksklusif hanya di Astro.

Dapatkan liputan penuh majlis ini di platform digital Astro Gempak dan Era.je mulai jam 2 petang.

Advertisement

Anda juga boleh saksikan secara langsung majlis pertunangan ini di Astro Ria dan Astro AWANI bermula 3.30 petang.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement