Skip to main content

Selebriti

“Perempuan Sekarang Kena Kental Sebab Jantan Ramai Yang Squishy” - Zila Bakarin Tegur Wanita Terlampau Luah Kisah Rumah Tangga

“Perempuan Sekarang Kena Kental Sebab Jantan Ramai Yang Squishy” - Zila Bakarin Tegur Wanita Terlampau Luah Kisah Rumah Tangga

Sekilas

  • Pelakon Zila Bakarin berkongsi pandangan mengenai video tular seorang influencer yang meluahkan perasaan sebagai ibu tunggal menanggung anak tanpa sokongan bekas suami.
  • Zila menegaskan wanita ibu tunggal mempunyai rezeki tersendiri dan penting untuk menjaga perasaan anak apabila berkongsi cerita secara terbuka di media sosial.
  • Zila juga mengingatkan wanita supaya kuat menghadapi cabaran dan berhati-hati dalam cara meluahkan perasaan agar tidak menjejaskan hubungan dengan anak-anak.
Advertisement

Pelakon, Zila Bakarin tampil memberikan pandangan mengenai sebuah video tular yang memaparkan seorang pempengaruh meluahkan isi hati selepas bergelar ibu tunggal dan terpaksa menanggung anaknya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Zila berkata dia pada awalnya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, selepas melihat video berkenaan, Zila memilih untuk bersuara dan menitipkan pandangan kepada golongan wanita yang berdepan situasi sama.

Menurut Zila, wanita yang melalui fasa ibu tunggal sebenarnya mempunyai rezeki tersendiri yang mungkin hadir dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka.

“Tak nak komen, tapi dah lalu, kita komen lah, dia gini, awak bising bising pun begitu jugak bapak dia.

“Akak bagitahu satu benda, janda ni rezeki dorang lain macam tau. Kadang-kadang tak disangka-sangka,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Zila turut menegaskan bahawa segala perkara yang dikongsikan secara terbuka perlu mengambil kira perasaan anak-anak.

Menurut Zila, anak-anak juga boleh mendengar dan memahami apa yang diperkatakan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi apabila mereka sudah meningkat dewasa.

“Tapi kena ikhlas jaga amanah. Kalau kau berkira-kira, memekak-mekak habis satu dunia nak kasi tahu awak terpaling disakiti, jangan komplen kalau macam-macam benda jadi.

“Anak kau dekat belakang tu dengar je, dah besar kalau dia tak nak jaga kau, jangan buat video macam ni cakap anak pula buat hal.

“Perempuan sekarang kena kental sebab jantan ramai yang squishy,” tegasnya.

Terdahulu, sebuah video tular merakamkan seorang influencer meluahkan perasaan mengenai sikap bekas suamia yang didakwa tidak memberikan nafkah kepada anaknya.

Video itu juga turut memaparkan wanita itu meluahkan perasaan sambil menangis dan mengeluarkan beberapa ayat yang agak kurang disenangi netizen.

“Kau sebelum kita bercerai lagi aku dah cakap dekat kau, kau kalau tak nak bagi nafkah kau amik anak-anak kau jaga. Aku dah cakap banyak kali.

“Aku masa anak kau dalam kandungan aku cakap apa? Aku nak gugurkan? Aku tak nak anak. Kau kalau kau nak sangat anak kau ambil. Kau dah ceraikan aku, kau ambil lah jaga anak. Ini tak nak, kau tak nak ambil jaga anak,” ujarnya.

Sumber: Threads @zilabakarinofficial

 

Anda mungkin berminat dengan

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement