Skip to main content

Hiburan

“Pergi Mana Pun Orang Tanya, Kenapa Tidak Berlakon? Sebenarnya Saya…” – Ezany Nizariff

“Pergi Mana Pun Orang Tanya, Kenapa Tidak Berlakon? Sebenarnya Saya…” – Ezany Nizariff

Sekilas

  • Ezany Nizariff menjelaskan dia tidak menghilang dari dunia seni tetapi kini fokus kepada bidang akademik dan penyelidikan.
  • Dia sering ditanya kenapa tidak aktif berlakon dan menjawab bahawa dia lebih minat dalam akademik, inovasi, dan reka bentuk pendidikan.
  • Ezany sudah lama terlibat dalam bidang baru ini tetapi memilih untuk tidak menghebahkannya kepada umum.
Advertisement

Pelakon Ezany Nizariff menjelaskan dia bukan menghilangkan diri daripada dunia seni, sebaliknya kini memilih untuk memberi fokus kepada bidang akademik dan penyelidikan.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Ezany berkata persoalan mengapa dia tidak lagi aktif berlakon merupakan soalan yang paling kerap diterimanya.

Advertisement

“Pergi mana pun orang tanya, kenapa tidak berlakon?

“Di Facebook dan TikTok saya dah jawab banyak kali.

“Jawapan terakhir ialah… saya tak pandai berlakon.

“Bagi depa, depa jalah. Senang,” selorohnya.

Bagaimanapun, Ezany menjelaskan hakikat sebenar dia kini lebih cenderung mengembangkan kerjaya dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi, reka bentuk pendidikan serta korporat.

“Sebenarnya saya lebih ke bidang akademik, penyelidikan, inovasi, reka bentuk pendidikan, korporat dan sebagainya.

“Kita hidup ada fasa dan inilah fasa saya.

“Fasa yang telah saya rancang apabila mencecah umur sekarang,” katanya.

Menurut pelakon drama Nur Kasih itu lagi, dia gemar mencuba cabaran baharu dan sudah lama terbabit dalam bidang tersebut, namun memilih untuk tidak menghebahkannya kepada umum.

“Saya suka cabaran baharu.

“Dah lama saya buat, cuma tidak war-warkan.

“Bila dah tak war-war, orang cakap saya menganggur. Biasalah mulut orang,” katanya.

 

Sumber: TikTok 

Anda mungkin berminat dengan

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Stoned World Cup Series : Argentina

Stoned World Cup Series : Argentina

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

JDT 3D Block 1071

JDT 3D Block 1071

Arai RX7-X Nakano '04 Green (Remake) Limited Edition

Arai RX7-X Nakano '04 Green (Remake) Limited Edition

Must Watch Video

Advertisement