Skip to main content

Hiburan

“Perkahwinan Itu Matlamatnya Ingin Ke Syurga…” - Amira Othman Sudah Bersedia Bergelar Isteri Fattah Amin

Fattah Nak Kahwin

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman meluahkan rasa syukur bakal menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya yang juga aktor, Fattah Amin. 


Menurut Amira, dirinya kini sedang menyiapkan persiapan menuju ke hari bahagianya bersama bakal suami yang juga aktor, Fattah Amin. 


“Alhamdulillah, ketika ini masih sedang menyiapkan persiapan. Semoga semuanya berjalan lancar dan kami mohon doa daripada kalian semua. Agar semua yang baik-baik dan mungkin ini juga adalah salah satulah sebab daripada doa-doa kalian semua. 

“Bagi saya, tidak adil untuk kita letakkan drama sebagai satu halangan untuk kita meneruskan ke fasa seterusnya. Kita kena percayakan takdir sebab itu ada lagu Rasa dan Takdir ini sebab saya percaya Allah itu sebaik-baik perancang dan urusan timing itu pun memang Dia yang susun,” katanya kepada Hlive. 

Mengulas lanjut, Amira berkata dirinya sentiasa berusaha memperbaiki diri agar lebih bersedia untuk perjalanan hidup selepas ini.


“Jadi kalau saya nak melangkah ke fasa seterusnya, saya kena bertawakal dan of course saya kena usaha jadi yang terbaik version dan special of diri saya, supaya semuanya yang baik-baik saja. Saya percaya of course ada akan ada ujian, ada turun dan naik. Tapi itulah perjalanan perkahwinan itu adalah matlamatnya ingin ke syurga,” tambahnya. 

Desas-desus mengenai status hubungan pelakon popular, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila dia dan penyanyi Amira Othman mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September depan.
 

Advertisement

Tarikh istimewa itu dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang bakal genap berusia 35 tahun.


Fattah membuat kejutan dengan melamar Amira dalam sebuah acara apabila muncul dari belakang pentas ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.

Pada penghujung persembahan tersebut, Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab menjaga kakaknya.
 

Must-Watch Video