Skip to main content

Hiburan

“Pernah Sampai Tahap Empat” – Asheed Tak Putus Asa Lawan Gout Demi Peminat

asheed

Penyanyi kumpulan Def Gab C, Asheed mengakui perlu menjaga pantang pemakanan dengan ketat kerana sudah lama menghidap penyakit gout sejak 1999.

Katanya, meskipun penyakit itu sudah lama dihidapi, ia tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif menyanyi selagi disiplin penjagaan kesihatan diamalkan.

Advertisement

“Saya sentiasa lakukan rawatan dan jaga pemakanan supaya boleh beraksi di atas pentas. Kalau tidak pantang, kesihatan akan merosot.

“Gout ini saya kena sejak tahun 90-an. Sebelum ini pernah sampai tahap empat, sekarang tahap tiga. Untuk turun ke tahap satu agak susah sebab ia sudah sebati dalam badan,” katanya.

Bagi memastikan dirinya kekal bertenaga, Asheed berkata dia turut menambah rutin senaman menjelang konsert.

“Kalau dah dekat konsert, saya akan tambah sikit senaman supaya stamina lebih baik,” ujarnya.

Menerusi perkembangan lain, Asheed bersama Def Gab C akan membuat persembahan dalam Showcase Jiwa Malaysia 2025 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 1 November ini, bersama barisan artis lain seperti Baby Shima, Floor 88, Sixth Sense, Masdo dan Alpha.

Must-Watch Video

Advertisement