Penyanyi, Aina Abdul menyorot perhatian netizen selepas tampil membuat persembahan di majlis resepsi pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman pada Ahad. 
Aina Abdul tampil menyanyikan dua buah lagu iaitu Cinta Luar Biasa dan The Power of Love dendangan asal Celine Dion.
Mengayakan busana hijau rekaan Amazae, Aina Abdul bukan sahaja berjaya memberi persembahan yang memukau buat semua tetamu yang hadir. 
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pelantun lagu Sesaat itu bukan sahaja menerima pujian daripada peminat malah rakan-rakan seindustri antaranya Anuar Zain dan Shila Amzah.
Malah, Amira juga sempat mengucapakan terima kasih dan memuji nyanyian Aina. 


 
     
 
                                       
                                       
                                       
                                      