Skip to main content

Filem

Pertama Kali Berlakon Dengan Sharnaaz Ahmad Dalam Filem Black Ops, Elizabeth Tan Akui Gementar - “Dia Sebenarnya Baik…”

fbfg

Sekilas

  • Elizabeth Tan mengakui gementar ketika pertama kali bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad dalam filem aksi Black Ops, terutama kerana babak pertama mereka adalah adegan pergaduhan.
  • Penggambaran Black Ops melibatkan kerjasama produksi Malaysia dan Hong Kong, termasuk syarikat milik Louis Koo, dengan pengarah dari kedua-dua negara.
  • Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Hong Kong dan dijangka ditayangkan di pawagam pada penghujung tahun 2026.

Aktres dan penyanyi Elizabeth Tan akui gementar apabila pertama kali bergandingan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam filem aksi terbaharu berjudul Black Ops.

Menurut Elizabeth atau mesra disapa Lizzie, perasaan gugup itu timbul kerana hari pertamanya di set penggambaran terus melibatkan babak besar bersama Sharnaaz.

“Ya, ini memang kali pertama saya berlakon dengan Sharnaaz Ahmad. Sejujurnya saya gementar sebab pertama kali masuk set terus perlu jayakan babak besar dengan dia.

“Babak pertama kami pula adalah adegan bergaduh, jadi memang rasa tekanan pada awalnya,” katanya.

Bagaimanapun, rasa gementar itu tidak bertahan lama apabila Elizabeth mendapati Sharnaaz seorang rakan pelakon yang mudah bekerjasama dan sangat profesional.

“Tapi Sharnaaz sangat baik. Dia ‘baik gila’, jadi rasa gementar itu terus hilang. Mudah untuk dapatkan keserasian dan senang bekerja dengan dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Elizabeth turut berkongsi pengalaman menerima tawaran membintangi filem terbitan Skop Productions tersebut yang disifatkan agak mengejutkan kerana tidak diberikan perincian watak pada peringkat awal.

“Sebenarnya bila Skop tawarkan watak ini, mereka tak jelaskan secara terperinci. Mesej daripada pengurus saya cuma tulis, ‘Lizzie, watak Maya dalam Black Ops’.

“Mereka tak sebut macam mana watak itu, berapa lama penggambaran atau apa-apa, cuma kata ‘okay’. Tapi saya gembira sebab dapat bekerjasama dengan Skop lagi.

“Saya tak boleh cerita banyak tentang watak saya sebab walaupun watak ini kecil, ia penting untuk plot cerita.

“Penggambaran keseluruhan mengambil masa sekitar 90 hari, tetapi saya hanya terlibat selama lima hari sahaja,” katanya.

Industri perfileman tempatan bakal menyaksikan satu kolaborasi besar apabila produksi Malaysia berganding bahu dengan syarikat penerbitan tersohor Hong Kong menerusi filem aksi berskala antarabangsa berjudul Black Ops, yang dijangka menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun 2026.

Filem terbitan bersama Skop Productions, Enotech, Komet Studios, Marvelous Culture & Film, Astro Shaw dan GSC itu turut melibatkan kerjasama One Cool Films milik bintang terkenal Hong Kong, Louis Koo, sekali gus menandakan kolaborasi pertama antara syarikat produksi Malaysia dan Hong Kong berkenaan.

Lebih mengujakan, Black Ops diarahkan oleh dua pengarah berkaliber tinggi iaitu Syafiq Yusof dari Malaysia dan Chui Tze Yui dari Hong Kong, menjadikan filem ini simbol hubungan kreatif sinema dua negara.

Sebagai projek bertaraf antarabangsa, Black Ops menghimpunkan barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Hong Kong antaranya Sharnaaz Ahmad, Benjamin Yuen, Hisyam Hamid, Datuk Aaron Aziz, Andy Teh, Fauzi Nawawi, Elizabeth Tan, Anding Indrawani, MK K-Clique, Raja Afiq, Benjamin Tan, Ken Law (Super Ken), Sean Lin, Mathni Razak, Balan Kash, Ahirine Ahirudin, Azman Hassan serta pelakon kanak-kanak, Rania Amanda.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement