Skip to main content

Hiburan

Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly, Menantu Takut Gara-Gara… “Lecturer Cakap Dia Artis Garang! Tapi…”

hftfgh

Ringkasan AI

  • Beatrice Chitra berkongsi pengalaman lucunya ketika pertama kali bertemu ibu mentuanya, Sheila Rusly, yang membuatkan dia sangat gementar.
  • Dia terkejut apabila diberitahu oleh pensyarahnya bahawa teman lelakinya adalah anak kepada seorang artis yang garang.
  • Walaupun takut pada mulanya, Beatrice mendapati Sheila Rusly sebenarnya seorang yang baik dan mesra.
  • Beatrice mengenali suaminya, Luth Mikail, sejak lima tahun lalu sewaktu mereka belajar di universiti, tetapi baru mula bercinta pada tahun 2024.
  • Pasangan ini telah selamat berkahwin awal tahun ini dalam majlis tertutup di Genting Highland.

Menantu kepada penerbit dan pelakon, Sheila Rusly iaitu Beatrice Chitra mencuri perhatian netizen apabila berkongsi pengalaman lucunya ketika pertama kali bertemu dengan ibu mentuanya itu.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Beatrice berkata dia berasa sangat gementar dan takut apabila mengetahui siapa sebenarnya ibu kepada teman lelakinya ketika itu.

“Pertama kali saya jumpa mama, saya takut nak mampus tu.

“My lecturer cakap dengan saya, ‘You tahu tak boyfriend you tu anak siapa? Mama dia artis lah, artis garang lagi.

"Saya terus cakap, ‘Oh sh*t man! Macam mana ni?’ Tapi bila jumpa mama, dia okey je sebenarnya,” katanya.

Dalam video sama, Beatrice turut menceritakan kisah perkenalannya dengan suami tercinta, Luth Mikail, anak bongsu kepada Sheila Rusly dan Jinggo.

Menurut Beatrice, dia mengenali Luth sejak lima tahun lalu ketika sama-sama menuntut di universiti, namun hanya mula menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2024.

“Kami kenal dah lima tahun tapi baru dating tahun lepas. Dulu dia playboy, siap pakai rantai macam anjing punya tu,” selorohnya.

Terdahulu, Beatrice dan Luth Mikail selamat mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Genting Highland.

Must-Watch Video

Advertisement