Skip to main content

Hiburan

Pilih Batik Malaysia Sebagai Hadiah Untuk Ariana Grande & Cynthia Erivo, Aisha Retno Mahu Memperkenalkan Karya Tempatan

Aisha Retno

Penyanyi, Aisha Retno, berkongsi pengalaman manisnya ketika berpeluang bertemu dua bintang Hollywood terkenal, Ariana Grande dan Cynthia Erivo di tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura baru-baru ini. 

Menurut Aisha dia menghadiahkan kain batik buat dua selebriti tersebut kerana mahu memperkenalkan budaya Malaysia kepada mereka. 



“Saya rasa batik adalah hadiah yang tepat untuk saya kenalkan Malaysia kepada mereka, sebab batik di Malaysia ada pelbagai jenis corak. Jadi saya hadiahkan kepada mereka batik dari Terengganu. 

“Dan saya juga bagi mereka warna batik bertentangan dengan watak mereka dalam filem tersebut, harap mereka sukakannya,” katanya kepada Gempak. 



Pelantun lagu Sutera itu turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mendekati kedua-dua bintang berkenaan, lebih-lebih lagi selepas kejayaannya membuat cover lagu Popular tahun lalu yang meraih lebih 14 juta tontonan di TikTok. 



“Saya tak sangka saya akan dapat peluang itu selepas buat cover lagu Popular pada tahun lepas dan sekarang video tersebut sudah mencecah 14 Juta tontonan malah diberi peluang untuk dubbing dalam bahasa melayu untuk watak Glinda. 

“Diberi pula peluang untuk berjumpa dengan Ariana dan Cynthia di Singapura bagi saya ia satu momen yang sukar untuk saya lupakan,” ujarnya. 



Terdahulu Aisha Retno berkongsi rasa teruja selepas berpeluang bertemu dengan idolanya, penyanyi antarabangsa Ariana Grande dan Cynthia Erivo di acara karpet merah tayangan perdana filem Wicked: For Good yang berlangsung di Singapura.

Lebih istimewa, Aisha turut diberi peluang untuk berduet bersama Ariana dan juga Cynthia ketika pertemuan mereka itu.  

Aisha sebelum ini dipilih sebagai penyumbang suara (dubber) untuk watak Glinda dalam versi alih suara Bahasa Melayu untuk filem Wicked.

Must-Watch Video

Advertisement