Skip to main content

Hiburan

Pilih Untuk 'Simpan Sendiri', Adriana Adnan Mahu Asingkan Kisah Peribadi Dengan Kerjaya

Astrogempak ADRIANA

Sekilas

  • Adriana Adnan memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadinya secara terbuka di media sosial demi memisahkan kerjaya dan hal peribadi.
  • Dia menjadikan selebriti seperti Bront Palarae dan Amerul Affendi sebagai contoh yang berjaya menjaga privasi keluarga mereka.
  • Walaupun begitu, Adriana masih berkongsi sedikit tentang kehidupan peribadinya, tetapi sangat jarang dan dalam kadar yang minimum.

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mengakui lebih memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadinya secara umum.


Jelas Adriana, perkara yang bersifat peribadi perlu diasingkan dan tidak wajar dikongsikan secara terbuka di media sosial.

 

“Saya rasa kerjaya dengan personal memang kena asingkan. Perlu, sebab saya tahu ramai selebriti yang berkahwin ada pelbagai kisah rumah tangga. Jadi bila asingkan ini lebih baik supaya ia tak dicampur adukkan.

 

"Benda personal ini sesuatu yang sangat peribadi, untuk kita sahaja. Dan insyaAllah untuk jangka masa panjang,” katanya.

 

Dalam masa sama, Adriana turut menjadikan beberapa selebriti sebagai contoh yang berjaya menjaga privasi kehidupan mereka sehingga identiti mereka tidak diketahui umum.

 

“Ramai selebriti lain juga, terutama pelakon lelaki seperti Bront Palarae atau Amerul Affendi. Orang pun tak tahu rupa isteri atau anak-anak mereka,” jelasnya.

 

Walau bagaimanapun, Adriana mengakui dia masih berkongsi sedikit mengenai kehidupan peribadinya, namun dalam kadar yang sangat minimum.

 

“Adriana kadang-kadang selit-selitlah, tapi jarang. Setahun sekali sahaja saya kongsikan,” tambahnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement