Skip to main content

Viral

Pinjamkan Jubah & Pakaikan Hijab, Maryam You Narae Terharu Rakan Mahu Kenali Islam - "Maybe This Is One Of The Reasons Allah Placed Me Here"

Pinjamkan Jubah & Pakaikan Hijab, Maryam You Narae Terharu Rakan Mahu Kenali Islam - "Maybe This Is One Of The Reasons Allah Placed Me Here"

Sekilas

  • Maryam You Narae berkongsi pengalaman menyentuh apabila rakannya yang pertama kali ke Malaysia menunjukkan minat untuk mengenali Islam dengan melawat masjid.
  • Maryam membantu rakannya memakai jubah dan hijab sebelum mereka bersama-sama mengunjungi masjid tersebut.
  • Maryam berterima kasih atas sikap terbuka rakannya yang ingin memahami agama Islam, yang membuatkan dia rasa tersentuh dan bersyukur.
Advertisement

Pempengaruh kelahiran Korea Selatan, Maryam You Narae meluahkan rasa tersentuh apabila rakannya yang pertama kali berkunjung ke Malaysia menunjukkan minat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Menerusi perkongsian di Threads, Maryam berkata rakannya menyatakan hasrat untuk mengunjungi sebuah masjid ketika berada di Malaysia.

Advertisement

Bagi merealisasikan pengalaman itu, Maryam meminjamkan jubah selain membantu rakannya mengenakan hijab sebelum mereka mengunjungi masjid bersama.

“Kawan saya datang Malaysia for the first time, and they wanted to visit a mosque.

“Saya pinjamkan jubah, pakaikan hijab, and we went together,” tulisnya.

Advertisement

Bagi Maryam, momen tersebut cukup bermakna kerana dia berasa tersentuh setiap kali orang di sekelilingnya menunjukkan rasa ingin tahu dan berusaha memahami agama Islam.

“Setiap kali orang di sekeliling saya mula curious and cuba memahami Islam, hati saya rasa touched sangat.

“Maybe this is one of the reasons Allah placed me here,” tulisnya.

Maryam turut berterima kasih kepada rakannya kerana bersikap terbuka untuk bertanya dan cuba memahami sesuatu yang begitu dekat dengan dirinya.

“Thank you for being curious, asking, and trying to understand something so precious to me.

“Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan, Maryam dilihat menemani rakannya yang mengenakan hijab dan jubah ketika mengunjungi masjid berkenaan.

Sumber: Threads Maryam You Narae

Anda mungkin berminat dengan

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Must Watch Video

Advertisement