Skip to main content

Hiburan

"Please Jaga My Sister..." - Nur Fazura Tumpang Gembira, Titip Pesan Buat Syed Saddiq & Bella Astillah

Astrogempak Syed Saddiq (5)

Pelakon, Nur Fazura meluahkan rasa syukur  apabila sahabat baiknya, Bella Astillah kini melangkah ke fasa pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketika ditemui Gempak, Fazura akui dirinya hampir menitiskan air mata saat menyaksikan detik bermakna tersebut.

“Untuk my adik, Bella. Alhamdulillah, hari ini Allah pertemukan anda dengan seorang lelaki yang budiman, yang penyayang, yang menyayangi Bella, menyayangi anak-anak Bella, yang bertanggungjawab, yang gentleman.

“Kak Faz tengok beberapa tahun ni sangat konsisten, dan menjaga Bella dan meratukan Bella. So, Kak Faz sangat-sangat bahagia. Today I was holding my tears for you,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, Fazura turut menitipkan pesanan kepada Syed Saddiq agar terus menjaga Bella dengan penuh kasih sayang, seperti mana yang diharapkan dalam sesebuah perkahwinan.

“Untuk YB Syed Saddiq, please jaga my sister… dan semoga Bella juga menjaga, seperti tadi YB Syed Saddiq pun dah cakap Bella memang menjaga dia lebih daripada tu. So itu lah yang kita nakkan dalam sebuah perkahwinan.

“Semoga Allah melancarkan dan memudahkan urusan kalian berdua daripada hari ini sampailah ke hari yang paling bahagia iaitu perkahwinan nanti dan hingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis penuh sederhana yang dihadiri sahabat baik dan keluarga terdekat. 

Bella yang juga seorang penyanyi tampil anggun dengan menggayakan busana berwarna sage green  rekaan Atelia Amani.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement