Pelakon, Zizan Razak mengakui filem Polis Evo merupakan antara naskhah terbaik yang pernah dilakonkannya.
Menurut Zizan, filem itu bukan sekadar filem biasa dalam portfolionya, sebaliknya merupakan satu titik perubahan besar dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Advertisement
“Saya sebak sebab tak sangka, sedar-sedar Polis Evo sudah 10 tahun. Saya rasa seperti baharu sahaja lagi. Masa berlalu tanpa saya sedar.
“Saya rasa antara filem terbaik yang pernah saya buat adalah Polis Evo. Filem yang membuka ruang kepada saya juga untuk orang yakin yang saya ini boleh berlakon dan bukan hanya sekadar melawak,” ujarnya.
Tambah Zizan lagi, penghargaan terbesar bukanlah sekadar pencapaian komersial tetapi pengiktirafan dalam dunia lakonan.
“Polis Evo juga merupakan antara filem yang membuatkan saya tercalon dalam FFM (Festival Filem Malaysia).
“Walaupun tidak menang tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya. Bermakna orang nampak saya boleh berlakon,” katanya.
Selain Zizan, Polis Evo juga dibintangi oleh pelakon hebat, Shaheizy Sam.
Untuk into, fracais itu telah pun memasuki usia 10 tahun dan sehingga kini masih menjadi antara filem hebat di Malaysia.