Skip to main content

Hiburan

Polis Temui Mayat Dalam Tesla Milik Penyanyi Popular

d4vd

Polis Los Angeles (LAPD) sedang menyiasat penemuan mengejutkan mayat dalam sebuah kereta Tesla yang ditunda di sebuah stor kenderaan di Hollywood, Amerika Syarikat.

Lebih mengejutkan, kenderaan tersebut didaftarkan atas nama penyanyi muda sensasi, D4vd atau nama sebenarnya David Anthony Burke.

Advertisement

Menurut laporan media tempatan, pihak polis menerima panggilan pada jam 12.30 tengah hari Isnin lalu selepas pekerja stor mengesan bau busuk dari sebuah kereta yang telah ditahan beberapa hari sebelum itu.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu beg berisi mayat manusia di bahagian but hadapan kereta Tesla tersebut,” kata jurucakap LAPD.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan lanjut.

D4vd, 20, yang berasal dari Houston, Texas kini antara bintang muda paling popular dengan lebih 33 juta pendengar bulanan di Spotify dan lebih 3.6 juta pengikut di TikTok. Lagu-lagunya seperti Here With Me dan Romantic Homicide pernah tular di seluruh dunia.

Penyanyi itu baru melancarkan album sulung tahun ini dan kini sedang menjayakan siri jelajah dunia Withered Tour yang bermula bulan lalu. Difahamkan, beliau dijadualkan membuat persembahan di Minneapolis pada Selasa dan akan singgah ke Los Angeles pada 20 September ini.

Sehingga kini, D4vd mahupun pengurusannya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan mayat itu.

Sumber: abc7news

Must-Watch Video

Advertisement