Skip to main content

Hiburan

Polong Terus ‘Menghantui’ Pawagam, Raih RM14.2 Juta Dalam Tempoh 18 Hari Tayangan

Polong

Sekilas

  • Filem seram Polong terbitan Astro Shaw berjaya meraih kutipan RM14.2 juta selepas 18 hari tayangan di pawagam.
  • Astro Shaw mengumumkan sasaran kutipan seterusnya adalah RM15 juta selepas sambutan hangat daripada penonton.
  • Polong mula ditayangkan pada 28 Mei dan menampilkan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, dan Namron.

Filem seram terbitan Astro Shaw, Polong terus mencetus fenomena dan menghantui penonton di pawagam apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM14.2 juta selepas 18 hari ditayangkan.

Berita membanggakan itu dikongsikan sendiri Astro Shaw menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram (IG).

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Polong antara filem seram tempatan yang mendapat sambutan hangat di pawagam sejak mula ditayangkan.

“RM14.2 juta dan masih bergema!

“Terima kasih Malaysia! Sokongan luar biasa anda telah menjadikan Polong satu fenomena di pawagam,” kongsi Astro Shaw.

Tidak terhenti di situ, pihak produksi turut memaklumkan bahawa misi mereka masih belum berakhir dan kini menyasarkan kutipan sebanyak RM15 juta.

Sekadar info, filem Polong sudah mula ditayangkan bermula 28 Mei lepas di pawagan seluruh Malaysia.

Filem arahan Zulkarnain Azhar ini dibintangi beberapa pelakom hebat seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, Jun Lojong, serta Nadiya Nisaa.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement