Suasana perlawanan Liga Super antara Selangor dan Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimeriahkan dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ iaitu kelibat pontianak.
Menerusi video tular di media sosial, kehadiran hantu yang berbalut kain kafan di tengah ribuan penyokong bola sepak ternyata mencetuskan rasa terkejut dan lucu dalam kalangan penonton.
Advertisement
Dapat dilihat juga penonton yang hadir tidak melepaskan peluang merakamkan gelagat pocong itu ketika menonton perlawanan berkenaan.
Bagaimanapun, penampilan luar biasa itu bukanlah satu insiden yang melibatkan paranormal sebaliknya
sebahagian daripada strategi promosi bagi drama seram terbaharu berjudul Dr. Pontianak 2 yang ditayangkan di Astro.
Dr. Pontianak 2 dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak dan ramai lagi.
Saksikan Dr. Pontianak 2 setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104) atau strim di Astro One dan sooka.