Skip to main content

Selebriti

‘Pressure Cooker’ Meletup, Tangan Elliza Razak Melepuh, Gelembung Terkena Sup Panas - “Sakit Rasa Macam Nak Pengsan…”

‘Pressure Cooker’ Meletup, Tangan Elliza Razak Melepuh, Gelembung Terkena Sup Panas - “Sakit Rasa Macam Nak Pengsan…”

Sekilas

  • Elliza Razak mengalami detik cemas apabila periuk tekanan yang digunakannya meletup selepas dia membuka penutup sebelum tekanan wap dilepaskan sepenuhnya.
  • Kejadian itu berlaku kerana Elliza risau proses pelepasan tekanan mengambil masa lama lalu membuka periuk terlalu awal.
  • Elliza mengalami kecederaan pada tangan akibat percikan sup ayam panas yang menyebabkan kulitnya melepuh dan terasa sangat pedih.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak berdepan detik cemas apabila periuk tekanan atau pressure cooker yang digunakannya meletup selepas dia membuka penutup periuk sebelum tekanan wap dilepaskan sepenuhnya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Elliza mengakui kejadian itu berlaku akibat kesilapannya sendiri yang tidak menunggu sehingga bunyi pelepasan wap berhenti sebelum membuka penutup periuk berkenaan.

Advertisement

Menurut Elliza, dia mengambil keputusan untuk membuka periuk itu kerana risau dan menyangka proses melepaskan tekanan mengambil masa terlalu lama.

“Saya silap…. Tak tunggu habis bunyi bising keluar angin pressure tu, pegi buka penutupnya. Sebab macam lama sangat.

“Risau pula, selalu kejap je. Ha is meletop terpelanting separuh periuk ayam, kentang, carrot sup semualah,” kongsinya.

Advertisement

Lebih menyedihkan, kejadian tersebut juga menyebabkan Elliza terkena percikan sup ayam yang masih menggelegak sehingga mengalami kecederaan pada tangannya.

“Ni betul-betul baru lepas kena sup ayam yang menggelegak tu. Sumpah sakit gila. Terbakor rasanya.

“Masa ni nangis macam budak kecik dah! Satu sebab sakit, dua sebab tak ada siapa-siapa boleh tolong masa tu.

“Budak-budak terpaku je dan tak tau nak buat apa. Tapi duk risau la tanya ‘mommy okay ke? Mommy rest Mommy’, lagi lah kuat aku teriak,” tulisnya.

Berkongsi mengenai kecederaannya, Elliza berkata keadaan kulit tangannya mula menggelembung dan kelihatan melepuh selain terasa amat pedih.

“Sudah gelembung-gelembung, sumpah pedih gila! Pedihnya Ya Allah! Mama!! Papa!!! Tangan B Sakit!

“Tangan kita tak cantek dah! Nampak simple tapi apahal sakit dia rasa macam nak pingsan ha? Panas terbakar dari dalam kulit rasa dia,” ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement