Skip to main content

Hiburan

PU Riz Mahu Bantu Mereka Yang Memerlukan Sepanjang Ramadan - “Saya Sedia Belanja Makan & Minum Kepada 20 Orang Setiap Hari”

PU Riz

Sekilas

  • PU Riz akan memberikan sumbangan makanan dan minuman kepada 20 individu setiap hari sepanjang Ramadan 2026 hingga 1 Syawal.
  • Beliau mengajak sesiapa yang memerlukan bantuan untuk menghubungi nombor yang disediakan bagi mendapatkan sokongan tersebut.
  • Inisiatif PU Riz mendapat perhatian dan pujian ramai di media sosial, dengan warganet mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Advertisement

Pendakwah bebas, PU Riz mengambil kesempatan dan peluang untuk melakukan kebaikan sepanjang bulan Ramadan mulia yang bakal mula dilaksanakan seluruh umat Islam bermula Khamis.

Menerus Instagram (IG), PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memaklumkan bahawa dia bercadang mahu memberikan sumbangan kepada mereka yang berada dalam kesusahan sepanjang Ramadan ini.

Advertisement

Ujar suami kepada selebriti Neelofa itu, bantuan yang bakal diberikan adalah berbentuk perbelanjaan dari segi makanan dan minuman.

“Kepada sesiapa yang membaca tulisan ini, dengan rendah diri saya ingin memaklumkan sesuatu yang amat penting bermula 1 Ramadan 2026.

“Jika anda mengenali keluarga, sahabat, saudara atau sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan agak susah, saya dan team bersedia untuk membelanjakan makan dan minum bagi 20 individu setiap hari sehingga 1 Syawal tahun ini,” kongsinya.

Sehubungan dengan itu, PU Riz meminta mana-mana pihak yang memerlukan untuk tampil berkongsi maklumat dengan cara menghubungi pihaknya.

“Jika berminat, boleh hantar butiran segera ke nombor ini, 011-63372884,” kongsinya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji inisiatif yang dilakukan PU Riz.

Menjengah ke ruangan komen, warganet mendoakan agar segala urusan bapa kepada dua orang anak ini dipermudah.

Sumber: Instagram PU Riz

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement