Skip to main content

Hiburan

Que Haidar Tak Tolak Andai Jodoh Bersama Fazura - "Benda Yang Baik-Baik kita Aminkan..."

QUE HAIDAR

Pelakon, Que Haidar tidak menolak sekiranya ada jodohnya bersama aktres dan usahawan, Nur Fazura.

Menurut Que atau nama lengkapnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar jika ada peminat yang mendoakan perkara baik buat dirinya, dia hanya mampu mengaminkannya.

“Benda yang baik-baik kita aminkan. Itu je. Sebagai manusia, kita memang nak benda yang baik berlaku dalam hidup kita. Semua orang pun rasa macam tu. Jadi, apa yang baik-baik, alhamdulillah.

“Jodoh kita tak boleh tolak. Jodoh Allah yang atur. Macam mana nak tolak jodoh? Ajal pun kita tak boleh tolak atau lambat-lambatkan. Jadi benda tu memang tak boleh kawal. Jodoh, ajal kita… memang tak boleh kawal,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Que turut berkongsi mengenai pertemuannya semula dengan Fazura selepas sekian lama tidak bersua.

“Kerjalah. Saya dengan Faz, kita dah kenal lama. Tapi dah lama tak jumpa pun. Bila jumpa balik saya malu, itu je yang saya boleh gambarkan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun sudah lama tidak bertemu, personaliti Fazura masih tetap sama seperti dahulu.

“Sangat friendly. Daripada saya kenal dulu, walaupun dah lama tak jumpa, masih orang yang sama. Tak ada perubahan personalitinya.

“Dia baik. Kalau nak banding pun, dia orang yang sama je. Malah mungkin bertambah matang lagi,” jelasnya.

Terdahulu, Que Haidar dan Fazura bergandingan sebagai duta dan membuat konten bagi sebuah jenama pakaian lokal.

Keserasian mereka berdua mendapat perhatian peminat dan rata-rata suka dengan gandingan mereka bersama.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement