Skip to main content

Hiburan

Raja Mukhriz Dedah Sisi Peribadi Que Haidar, Miliki Aura Yang Buat Ramai Wanita Cair - “Jiwanya Sensitif, Boleh Tak Bercakap Dengan…”

ASTROGEMPAK Que Haidar

Sekilas

  • Raja Mukhriz Raja Ahmad berkongsi bahawa Que Haidar seorang lelaki charming, sensitif, dan berjiwa seni yang kuat sejak zaman bujang.
  • Que dikenali sebagai pelakon berjiwa 'method' dengan kawalan emosi dan tona suara yang baik untuk sinema, namun sikap terlalu berterus-terangnya perlu dikawal.
  • Selain itu, Que disifatkan sebagai insan sederhana, merendah diri, menjaga adab, dan sentiasa membawa energi positif dalam pergaulan.

Suami kepada aktres Sharifah Shahora yang juga seorang penerbit iaitu Raja Mukhriz Raja Ahmad berkongsi personaliti sebenar aktor Que Haidar. 

 

Raja Mukhriz menyifatkan Que sebagai seorang lelaki yang cukup ‘charming’ sejak zaman bujang lagi sehingga mudah menambat hati ramai wanita selain mempunyai jiwa sensitif. 

 

“Masa bujang Que ni charming dan ramai akan jatuh hati dengan dia kalau bersemuka. Bukan dibuat tapi itu adalah dia. Maskulin, fesyennya ‘in’ dari dulu, halwa mata. 

 

“Seorang performer dan rindukan performance yang mencabar. Business minded. Dia akan buat sampai jadi. Kalau dia buat salah atau singgung orang dia akan terus mintak maaf, overthinking dan ini akan mudarat kan dia kalau tak guna cara positif. 

 

“Jiwanya sensitif, boleh tak bercakap dengan manusia lain berbulan lamanya. Isolation is him,” kongsinya menerusi platform Threads. 

 

Disifatkan sebagai pelakon berjiwa ‘method’, Que juga dipuji memiliki tona suara yang baik dan kawalan emosi yang sesuai untuk sinema.

 

Namun begitu, Raja Mukhriz berpendapat ada satu sisi Que yang perlu dikawal, iaitu sikap terlalu berterus-terang.

 

“Que punya Tone suara yg sangat baik untuk sinema, boleh dengar dalam live atau filem cara dia control high note dan low note, Dia pemalu tapi bila semakin selesa korang akan terhibur. 

 

“Satu sisi yang aku rasa dia harus dikawal iaitu sifat terus-terang dia. Dia pernah kritik Festival Filem Malaysia secara terangan. 

 

“Pada aku ok. Banyak lagi lah. Gen X kan, akarnya sebegitu. Kalau nak kawal, sudah tentu sesiapa yang berada bersamanya sekarang atau akan datang,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Raja Mukhriz turut menyifatkan Que sebagai insan yang sederhana, merendah diri dan sentiasa menjaga adab dalam pergaulan.

 

“Que manusia yang sederhana, jujur dan mudah didekati. Menghormati orang di sekelilingnya, menjaga adab, dan sentiasa dgn energi positif dalam circle kami. 

 

“Seorang manusia yang memanusiakan manusia. Serious dalam perkara yang dibuat serta fokus. Penyayang dan mudah rasa simpati. Aku kenal dia hujung sekitar 97. 

 

“Waktu aku masih di Akademi Filem Malaysia dan dia di Akademi Seni Kebangsaan. Sekarang ASWARA. Dia ada aura to public,” kongsinya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Must-Watch Video

Advertisement