Skip to main content

Hiburan

Ramai Doa Rumah Tangga Uqasha Senrose & Kamal Adli Kembali Pulih… Ada Yang Menangis Doa Lepas Solat Isyak - “Saya Bukan Sesiapa Tapi Rasa Sedih…”

fbghgh

Isu rumah tangga pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi perhatian ramai selepas pendedahan mengenai fail perceraian pasangan itu tersebar luas di media sosial. 

Menjengah ke ruangan komen di pelbagai platform sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan perkembangan tersebut, selain mendoakan agar hubungan mereka dapat dipulihkan semula.

Advertisement

Seorang pengguna menulis bahawa dia turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan berkenaan selepas solat Isyak kerana terlalu tersentuh dengan berita tersebut.

“Saya bukan siapa-siapa pun dengan Kamal dan Uqasha. Tapi entah kenapa rasa sedih bila baca berita ni. Lepas solat Isyak saya doakan supaya Allah campakkan semula rasa kasih dan rindu dalam hati masing-masing.

“Dalam rumah tangga, adat bertelingkah itu biasa. Semoga mereka saling kuat dan tidak meninggalkan satu sama lain,' tulis individu tersebut.

dff

Ada juga yang berpendapat bahawa setiap rumah tangga pasti diuji, apatah lagi bagi pasangan yang baru membina keluarga kecil bersama anak sulung mereka.

“Dugaan jadi suami isteri ni orang luar tak nampak. Kadang bila tak bekerja, suami dikata tak berguna. Bila mula bekerja, dituduh pula abaikan keluarga.

“Fasa awal berumah tangga memang penuh air mata dan salah faham. Harap mereka berdua terus kuat,” tulisnya.

Tidak kurang juga yang menasihati warganet agar tidak membuat spekulasi sendiri dan memberi ruang buat pasangan itu menyelesaikan masalah mereka secara baik.

“Ramai pula jadi pengulas rumah tangga Uqasha. Yang dah kahwin tu lebih baik jaga rumah tangga masing-masing, tak perlu menambah spekulasi,” tulis individu tersebut. 

Dalam pada itu, segelintir netizen turut berpendapat bahawa kedua-dua pihak perlu bermuhasabah dan mencari jalan damai demi anak mereka, Hawra Uqaira.

“Tak semestinya lelaki saja yang salah atau perempuan yang betul. Dua-dua kena muhasabah. Nampak macam masih ada sayang, mungkin boleh diselamatkan lagi. Pujuklah isteri tu, Kamal.”

“Kalau bukan sebab orang ketiga, benda ni masih boleh diselamatkan. Duduk berbincang dari hati ke hati. Kasihan tengok anak masih kecil,” komen beberapa netizen. 

Sebelum ini, prosiding sebutan pertama kes perceraian pasangan selebriti itu yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini, terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan.

Menurut peguam syarie yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, prosiding berkenaan tidak dapat diteruskan berikutan ketiadaan pihak defendan kerana sibuk dengan urusan penggambaran.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu dikatakan mulai bergolak sejak April lalu namun bukan berpunca daripada orang ketiga. Difahamkan, Uqasha kini menetap di rumah ibunya dan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal.

Beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha sebelum ini turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat mengenai status hubungan mereka.

Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Must-Watch Video

Advertisement