Skip to main content

Selebriti

Ramai Panik Bila Solekan Raya ‘Tak Sempurna’ & Bercapuk, Alha Alfa Nasihat Usah Terlalu Risau - “Pergi ‘Touch Up’, Ini Kan ‘Makeup’ Atas Kulit, Bukan Cat Tau”

Alha Alfa touch up

Sekilas

  • Datuk Alha Alfa beri nasihat bahawa solekan yang tidak sempurna atau bercapuk adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan.
  • Beliau menegaskan faktor cuaca panas dan peluh boleh mempengaruhi keadaan solekan sepanjang hari.
  • Netizen menghargai nasihat Alha Alfa dan berterima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan secara terbuka.
Advertisement

Usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tampil memberikan nasihat berhubung isu solekan yang dilihat tidak sempurna sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Alha menegaskan bahawa keadaan solekan yang sedikit bercapuk atau tidak rata adalah sesuatu yang normal.

Advertisement

“Kakak, kakak, adik adik, makeup is makeup. Saya ulang ulang, makeup is makeup!

“Stressnya bukak Threads je nampak muka capuk sikit atas hidung, atas bibir lepas tu captionnya “normal ke macam ni?” “downnya makeup macam ni” “kenapa macam ni ek?” coretnya.

Tambah Alha, orang ramai tidak perlu terlalu risau atau berasa rendah diri hanya kerana solekan tidak kekal sempurna sepanjang hari lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan faktor cuaca panas dan peluh.

“Ya ampun, pegi touch up, go touch up go! normal, it’s normal, makeup je pun. Ini kan makeup atas kulit.

“Kulit pulak peluh panas, rumah tak ada aircond, bahang keluar rumah lagi. Ini bukan cat tau, ini bukan Nippon Weathershield,” jelasnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang mengikuti nasihat Alfa menyatakan rasa puas hati selain berterima kasih kepadanya kerana tidak lokek ilmu.


Sumber: Threads @alhalfa

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement