Skip to main content

Selebriti

Ramai Salah Salah Faham Point Isu ‘Stroller’ Di Bazar Ramadan, Ini Penjelasan Farez Adnan - “Kesianlah Anak-Anak…”

Farez Adnan

Sekilas

  • Farez Adnan menjelaskan tegurannya tentang membawa stroller di bazar Ramadan adalah atas kebimbangan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak di tempat sesak.
  • Farez menegaskan kenyataan itu bukan untuk menghukum ibu bapa, tetapi sebagai peringatan risiko jangkitan penyakit seperti TB dan Virus Nipah.
  • Farez juga membalas reaksi netizen di media sosial secara setimpal mengikut cara mereka membalasnya.

Penyanyi, Farez Adnan tampil menjelaskan salah faham netizen berkenaan isu membawa ‘stroller’ di bazar Ramadan yang ditegur olehnya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Farez menjelaskan bahawa teguran yang dibuat adalah berdasarkan kebimbangan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak kecil di kawasan tumpuan ramai.

“Ramai yang tak faham point saya tentang isu ‘stroller’ di bazar.

“Awak bawak anak-anak kecil tau. Tidak kiralah ibu tunggal ke, bapa tunggal ke, setahun sekali ke, suami meninggal tercekik kuih ke.

“Tahu kan penyakit TB dan Virus Cinta Nipah 3 segi tengah mengganas?” jelasnya.

Kata Farez lagi, kenyataan tersebut bukanlah bertujuan untuk menghukum atau memperlekehkan mana-mana golongan ibu bapa, sebaliknya sebagai peringatan mengenai risiko jangkitan penyakit di tempat yang sesak.

“Kesiankan lah anak-anak awak tu. Kalau nak juga pergi bazar, pergilah sorang-sorang, jangan ‘selfish’,” coretnya.

Dalam masa sama, Farez juga turut mengulas mengenai reaksi yang diterimanya di media sosial.

“Yang reply baik. Aku reply la baik juga.  Yang reply biadap. Aku reply la biadap juga. Fair and square,” ulasnya.

Terdahulu, Farez memuat naik hantaran di Threads dengan ayat berbunyi; "Aku tak faham. Kau pergi bazar yang secoet tu. Kau bawa ‘stroller’ dengan  anak-anak kecil. Tak sekolah ke?”

Susulan itu, netizen tampil dengan pelbagak reaksi dengan memberikan pandangan balas mengenai kenyataan tersebut.

Sumber: Threads @farezadnan

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement