Skip to main content

Selebriti

Ramai Terhibur Gelagat Isteri Menyakat Remy Ishak, Netizen Puji - “Bagusnya Rajin Buat Kerja Rumah, Ini Baru Betul Hero Malaya”

Remy Ishak netizen terhibur

Sekilas

  • Remy Ishak mencuri perhatian netizen selepas isterinya, Ezza Yusof, berkongsi video gelagat lucu suaminya itu.
  • Dalam video tersebut, Remy melayan usikan isterinya dengan gaya pemburu jin, menarik pujian netizen yang memuji sikap rendah dirinya sebagai suami contoh.
  • Filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang mengisahkan pegawai polis menyiasat kes berkaitan makhluk jin akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 April.

Pelakon, Remy Ishak mencuri perhatian netizen selepas isterinya, Ezza Yusof memuat naik satu video merakamkan gelagat lucu suaminya ketika berada di rumah.

Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram milik Ezza, Remy dilihat secara santai melayan karenah isterinya yang gemar mengusik, sekali gus mencuit hati netizen.

Apa yang mencuri perhatian adalah usikan Ezza dikaitkan dengan karakter Remy dalam filem terbaharunya berjudul Mikael: Pemburu Dua Alam.

“Mikael waktu siang tolong bini sidai kain, malam tangkap jin,” ujar isterinya sambil ketawa.

Remy kemudiannya secara spontan memberikan respon dengan gaya seolah-olah bertukar menjadi seorang pemburu jin membuatkan netizen terhibur.

Malah netizen juga memuji sikap Remy yang disifatkan sebagai suami contoh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat sisi sederhana pelakon tersebut, selain menyifatkannya sebagai ‘Hero Malaya’ sebenar.


 

Untuk info, filem arahan Zahir Omar ini mengisahkan seorang pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan kejam sebelum menyedari ia ada kaitan dengan makhluk dari alam jin.

Siasatan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan dengan Raja Jin demi menjaga keseimbangan antara dua dunia.

Mikael: Pemburu Dua Alam akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April.

Selain Remy, filem ini turut dibintangi Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin dan ramai lagi.

Sumber: Instagram @ezzarl

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement