Sekilas
- Ramona Zam Zam memotong rambut pendek selepas bapanya diserang strok dan mengalami masalah kesihatan yang serius.
- Keadaan bapanya yang semakin merosot menyebabkan Ramona mengambil keputusan berehat seketika dari dunia lakonan untuk memberi tumpuan kepada keluarga.
- Ramona menasihatkan orang ramai supaya menghargai masa bersama ibu bapa selagi mereka masih ada dan bakal muncul dalam drama Wish List arahan Michael Ang.
Pelakon, Ramona Zam Zam berkongsi disebalik imej terkininya yang sudah berambut pendek sejak setahun yang lalu.
Perjelas pemilik nama Ros Ramona Qadira Mohd Zam Zam ini, pendekatan untuk memotong pendek bukanlah kerana memenuhu tuntutan watak sebaliknya dibuat selepas bapanya diduga dengan serangan strok.
Tambahnya, berdepan dengan emosi yang agak berat juga membuatjan dirinya mengambil keputusan untuk memotong rambut.
“Saya potong rambut pendek selepas ayah saha lumpuh. Agaknya masa itu rasa rimas dengan rambut panjang. Macam terdetik, ‘Ah, aku potonglah rambut pendek.’
“Lepas potong, rasa macam puas hati. Kemudian bila dah lama, rasa macam best pula rambut pendek. Mandi pun sekejap, syampu pun tak guna banyak. Jadi, terus kekalkan saja,” katanya kepada Gempak.
Ramona berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set penggambaran drama terbaharu lakonannya yang berjudul Wish List, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, pelakon filem KL Special Force ini memaklumkan bahawa keadaan kesihatan bapanya yang kurang mengizinkan juga membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia lakonan.
“Ayah saya buat pembedahan dekat Institut Jantung Negara (IJN) tetapi pembedahan itu gagal. Selepas itu dia diserang strok. itu
“Tahun pertama itu memang agak sukar. Saya banyak menangis dan banyak drama dengan keluarga. Masa itulah saya ambil keputusan berehat sekejap daripada berlakon,” ujarnya.
Ditanya mengenai keadaan bapanya, Romana berkata kesihatan bapanya semakin merosot sehinggakan ada kalanya sudah tidak mengenali ahli keluarga sendiri.
“Ayah punya keadaan memang makin teruk. Kadang-kadang dia ingat, kadang-kadang dia tak ingat.
“Awal-awal dulu dia masih boleh sebut nama kami. Sekarang saya pun tertanya-tanya, betul ke dia cam anak dia? Kadang-kadang rasa macam dia cam, kadang-kadang tak.
“Doktor pun dah cakap keadaan dia memang akan semakin menurun sebab pembedahan itu gagal. Berapa lama lagi, wallahuaklam. Kami cuma mampu doa yang terbaik untuk ayah,” katanya lagi.
Ditanya pula mengenai perasaan, pelakon berusia 36 tahun ini mengakui menyimpan rasa kesal kerana merasakan masih banyak perkara yang belum sempat dikongsikan bersama insan tersayang itu.
“Rasa sedih sangat. Salah satu benda yang saya paling menyesal ialah rasa macam banyak lagi perkara yang patut Ramona sembang dan tanya dengan ayah sebelum dia jadi macam ini.
“Sekarang ayah dah tak boleh bercakap dengan jelas. Kadang-kadang kami faham apa yang dia nak cakap, kadang-kadang tak.
“Kalau saya boleh pesan kepada semua, selagi ibu bapa masih ada, gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya. Kalau ada apa-apa yang nak ditanya atau nak disembangkan, buatlah sementara masih ada peluang,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ramona bakal muncul menerusi drama Wish List yang merupakan arahan Michael Ang dan memainkan watak sebagai Puan Aliya.
Selain Ramona, drama ini diterajui oleh Lorenzo Irmann, Arabella Ellen, Qi Razali, Sharifah Zarina, Azqa Aziz dan Norazah Aziz.