Skip to main content

Drama

"Rasa Penat Lebih 15 Tahun Macam Terbalas" - Alif Hadi

"Rasa Penat Lebih 15 Tahun Macam Terbalas" - Alif Hadi

Sekilas

  • Alif Hadi mengakui watak Rasyid dalam drama Ikatan Terlarang memberi impak besar dalam karier lakonannya selepas lebih 15 tahun dalam industri.
  • Watak Rasyid yang pada awalnya dibenci penonton akhirnya menjadi disayangi kerana perjalanan emosi dan perubahan karakter yang mendalam.
  • Alif berharap lelaki yang menghadapi ujian hidup terus tabah dan berkongsi pengalaman rapat dengan pelakon lain membuatkan dia masih rasa 'roh' Rasyid dalam dirinya.
Advertisement

Selepas lebih 15 tahun bergelar anak seni, pelakon Alif Hadi mengakui watak Rasyid dalam drama Ikatan Terlarang menjadi antara karakter yang memberi impak besar terhadap perjalanan kariernya.

Menurut Alif, watak yang pada awalnya dibenci penonton itu akhirnya berjaya mengubah persepsi ramai sehingga menjadi antara karakter paling disayangi sepanjang drama bersiri tersebut.

Advertisement

"Yang paling best bila saya tengok perubahan penonton. Saya baca banyak komen di Threads. Ramai cakap mula-mula benci Rasyid sebab dia selalu timbulkan masalah dalam keluarga.

"Tapi bila cerita berkembang, orang mula faham kenapa dia jadi macam itu. Ramai cakap sebenarnya Rasyid-lah hero yang banyak selamatkan keluarga dan bantu Azura mendapatkan semula syarikat," katanya.

Alif berkata, dia turut terharu apabila penonton begitu memberi perhatian terhadap setiap babak yang dilakonkannya sehingga menjadi topik perbualan di media sosial.

"Babak mata kena cucuk, kena tampar, semua itu orang perasan. Bila orang mula bercakap pasal karakter kita, itu satu kepuasan sebagai pelakon," ujarnya.

Mengulas mengenai karakter Rasyid, Alif menyifatkan watak itu melalui perjalanan emosi yang cukup mencabar apabila berdepan pelbagai ujian termasuk kemurungan, kegagalan dalam perniagaan, konflik keluarga dan menerima hakikat dirinya mandul.

"Dia bukan jahat, dia cuma sunyi dan mentalnya tak stabil. Lepas Azura mula bagi semangat, dia cuba berubah menjadi lebih baik, tetapi ujian tetap datang bertimpa-timpa."

Dalam masa sama, Alif berharap golongan lelaki yang sedang berdepan ujian hidup dapat terus tabah dan tidak mudah mengikut emosi.

"Kena kuat, kena sabar dan jangan ikut emosi. Percayalah setiap apa yang berlaku adalah perancangan Allah dan pasti ada hikmah di sebaliknya," katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Alif berkata hubungan akrab yang terjalin bersama barisan pelakon lain membuatkan dia masih terasa seolah-olah 'roh' Rasyid masih wujud dalam dirinya.

"Sampai sekarang saya masih rasa macam ada lagi Rasyid dalam diri," katanya.

Lebih bermakna, Alif menyifatkan watak Rasyid sebagai titik perubahan dalam kerjaya lakonannya kerana membuka lebih banyak peluang selepas bakatnya mula mendapat perhatian.

"Ramai sebelum ini tak pernah tengok saya berlakon dalam platform atau slot drama yang besar. Bila orang mula nampak bakat dan menghargai usaha saya, rasa penat lebih 15 tahun itu macam terbalas.

"Saya tidak perlukan apa-apa balasan, cukup orang hargai kerja saya. Alhamdulillah sekarang tawaran pun semakin banyak," katanya.

Drama Ikatan Terlarang terbitan iFAME yang bersiaran menerusi slot MegaDrama Astro Ria itu turut dibintangi Erysha Emyra, Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Raja Azura dan Arash Mohamad.

Menjelang minggu terakhir siaran drama tersebut, Alif turut menitipkan pesanan kepada watak Bella agar belajar melepaskan dendam dan tidak terus dibelenggu kisah silam.

"Saya faham kenapa Bella simpan semua itu. Tapi saya sedih sebab dia tanggung seorang diri sedangkan Rasyid sanggup harungi semuanya bersama. Jangan terlalu berdendam dengan masa lalu. Percayalah, semuanya berlaku ada hikmah," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement