Skip to main content

Hiburan

Rasa Sunyi Kamal Adli Terubat Lepas Jumpa Hawra Uqaira - “Saya Terus Cari Dia & Bila Jumpa…”

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli menjelaskan ciapan tentang perasaan sunyi yang dialaminya bukan bermaksud kemurungan, tetapi satu perasaan sunyi yang sukar digambarkan.
  • Selepas mengalami perasaan itu, Kamal meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira, untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.
  • Kamal juga menegaskan dia belum terfikir untuk membuka lembaran baru dalam percintaan dan fokusnya kini adalah pada kebahagiaan bersama anaknya.

Pelakon, Kamal Adli tampil memberi penjelasan mengenai ciapan yang dibuatnya mengenai kesunyian, baru-baru ini.

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, hantaran yang dibuat itu bukanlah memberi bayangan seakan dirinya sedang melalui fasa kemurungan sebaliknya, ia hanyalah satu perasaan sunyi yang sukar digambarkan.

“Bukan sunyi tetapi hari itu saja tiba-tiba dia ‘attack’. Saya bukannya ada anxiety. Tiba-tiba dia datang dan saya rasa sunyi yang teruk sangat. Waktu itu dah lewat malam dan tak ada orang saya nak borak.

“Impaknya, dia macam terus ‘hit’ emosi saya seorang. Saya sendiri tak tahu nak gambarkan macam mana rasa itu,” katanya kepada Gempak.

Kamal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis perasmian Astro Fandom bertempat di D Theatre, Empire Damansara pada Selasa.

Tambahnya, ciapan yang dibuat hanyalah untuk mendapatkan pandangan mereka yang pernah berdepan situasi sama mengenai bagaimana mereka menanganinya.

“Ramai cakap pergilah jumpa keluarga, tapi bukan sebab itu. Bukan pasal keluarga.

“Saya cuma tertanya-tanya macam mana kalau orang pernah lalui benda macam itu. Saya tak sangka ramai berkongsi pendapat, termasuk mereka yang profesional dan alim ulama.

“Saya baca satu demi satu dan saya boleh ‘relate’. Alhamdulillah, saya kembali tenang,” ujarnya.

Berdepan dengan situasi itu, Kamal memaklumkan bahawa perkara pertama yang dilakukannya selepas itu adalah meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira.

“Esoknya saya terus cari Hawra. Bila dapat jumpa dia, saya rasa okey. Saya memang gembira bila bersamanya. Bila jumpa dia, saya akan all out. Saya tak pegang telefon, saya cuma nak luangkan masa dengan dia.

“Saya takut kalau perasaan itu datang lagi sebab saya sendiri tak pernah rasa macam itu sebelum ini. First time dia ‘hit’ teruk sangat. Itu yang saya jadi macam bongok sekejap,” katanya lagi.

Ditanya pula sama ada perasaan sunyi itu menjadi petanda untuk dirinya mencari teman hidup baharu, pelakon filem Abang Lomg Fadil ini berkata dia belum terfikir untuk membuka lembaran baharu dalam soal percintaan.

“Saya tak looking forward ke arah itu lagi. Saya gembira ada Hawra sekarang.

“Itu punca utama saya gembira sekarang iaitu dengan berada dekat dengannya,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Kamal menyorot perhatian netizen selepas berkongsi luahan hati mengenai perasaan sunyi dan kosong yang hadir secara tiba-tiba.

Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal mengakui dia diserang rasa kesunyian yang sukar digambarkan sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya bagaimana untuk mengatasinya.

Untuk rekod, Kamal pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Uqasha Sendose pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada 12 Januari yang lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement